• 12 | 𝐁𝐘𝐃 •

229 27 3
                                    

Raees dan Raeed melangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raees dan Raeed melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka berdua baru sahaja selesai beriadah.

Tanpa membuang masa, Raees lekas-lekas menuju kearah bilik tidurnya yang berada di aras tiga.

Tujuannya semestilah untuk membersihkan diri, menukar pakaian dan berehat.

Raeed pula hanya mengekori langkah kembarnya. Bilik tidur mereka juga berada di aras yang sama.

'Abang Eed, nanti lepas dah habis jogging, temankan ByCha sidai kain di belakang rumah ya! ByCha tunggu!'

'Alright, princess!'

Meluas mata Raeed apabila tiba-tiba terimbas kembali suara kecil Haura didalam benak fikirannya.

Dengan itu, dengan pantasnya dia mengundurkan langkah. Berpatah balik lalu terus menuju ke arah ruang belakang rumah untuk menemani princess nya menyidai pakaian.

Nasib baik dia teringat. Kalau tidak, habislah dia kena pujuk Haura daripada terus merajuk.

Haura ni bukan boleh. Kalau dengan keluarga, sekecil perkara pun boleh terasa hati. Ini kan pula kalau sudah berjanji dan di mungkiri. Pasti ingin merajuk juga walau itu perkara biasa.

Meskipun bagi Raeed, untuk memujuk Haura itu bukanlah sesuatu perkara yang menyusahkan malah dia memang suka memujuk Haura.

Tetapi, dia juga tidak mahu adik kesayangannya itu terasa hati dengannya.

"Hi, princess!" lembut Raeed menegur seraya mengusap kepala Haura yang beralaskan tudung sarung.

Kini, Haura sudah duduk di kerusi kayu bersama secawan teh di atas meja.

Itu tandanya, Haura sudah selesai menyidai pakaian. Habislah.

"Hi."

Ha sudah. Bahaya tahu kalau Haura balas sepatah-sepatah ni. Biasanya, banyak aje yang dibalasnya. Tapi kali ini..

Raeed mengangkat sebelah kening. "Sepatah je?"

"Hm."

"Hey.. My princess, sorry okay? Tadi kami round sampai lima kali. Itulah sebabnya terlebih lama dari biasa. Forgive me, please.. " lembut sahaja suara garau Raeed memujuk. Redup pandangannya memandang Haura yang duduk berhadapannya.

"Ok."

Tiba-tiba Raeed mengangguk-angguk. Seakan baru teringat sesuatu yang bernas.

"Okay fine! Are you really want to keep ignoring me, huh? Let's just say, keep sulking or Florence's Café?"

"Café."

"I need an energy."

Lantas Haura berdiri seraya menarik lengan sasa Raeed lalu terus berlari-lari anak menuju ke arah ruangan tempat kereta.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now