• 6 | 𝐁𝐘𝐃 •

347 27 6
                                    

📍VILLA RIDHEEYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📍VILLA RIDHEEYA

"Ya Rabbi, Hayden Ar-Raees! Tolonglah jangan mengganggu, pergilah bawah sana tu tolong bonda hidangkan makanan, kesian bonda hidang makanan seorang-seorang." cemberut wajah Haura. Berkerut-kerut dahi mulusnya. Geram betul dengan abangnya itu.

Mana tidaknya, daripada tadi lagi abang Haura yang bernama Raees ini tidak habis-habis mengganggunya yang sedang melancarkan bacaan.

Mencuit-cuit pipi lah, tarik-tarik anak rambut lah, ikat hujung telekung menjadi rama-rama lah. Tidak tahu apa yang diminat sangat dengan rambutnya ini. Tahulah rambut caramel Haura ini cantik! Tapi bukan sekarang masanya untuk membuktikan.

Memandangkan pada hari esok tahfiz Haura akan mengadakan majlis ihtifal dan khatam Al-Quran, makanya dia sebagai pelajar yang sudahpun khatam Al-Quran telah ditugaskan untuk membaca beberapa potong ayat al-Quran di atas pentas nanti.

Bukan sekadar baca, malah lebih digalakkan untuk berlagu. Lebih spesifik, bertarannum.

Maka kerana itulah, pada malam ini dia bersungguh-sungguh untuk melancarkan bacaanya. Bukan tidak biasa menyertai persembahan tarannum sebegini.

Tetapi kali ini, gementarnya lain macam!

"Hey..don't mad mad me lah princess. Abang saja je nak mengusik adik kesayangan abang seorang ni. Dalam masa yang sama, boleh abang release kan tension ByCha, kan?" Balas Raees. Dalam masa yang sama, dia masih lagi mencubit-cubit pipi mulus Haura.

Bukan apa, daripada tadi lagi dia lihat adiknya ini kelihatan serabut. Jadinya, dia disini ingin membantulah.

"Banyaklah abang punya 'release'. Bertambah tension adalah." kuat suara Haura membalas seraya menggulingkan anak mata birunya. Lengannya menepis jari jemari Raees yang mencucuk-cucuk pipinya menggunakan pensel. Dari mana dirembatnya pensel itupun tidak tahulah.

Pecah tawa Raees. Suka betul dia apabila wajah cantik adiknya dihiasi dengan riak wajah begitu.

"Aish. ByCha ni muka mencuka cap jalen pun lawa. Tapi, tengoklah abang dia siapa kan." Tersenyum penuh yakin dan bangga.

Baru saja Haura mahu merasa bangga kerana dipuji abang sendiri. Tapi hidung yang baru mahu mengembang pun kembali mengempis apabila mendengar abangnya memuji diri sendiri pula. Perasan sungguh.

Perasan tak perasan. Didalam hati, Haura sendiri mengiyakan kenyataan bahawa abangnya ini memang ada rupa. Arab-turki-Malaysia, memang segaklah hasilnya.

"Raees, Raeesha. Buat apa bising-bising kat atas tu? Mari sini turun makan. Cepat turun. Panggilkan Raeed sekali ya." panggil bonda dengan nada suara yang agak tinggi. Kedudukannya dengan Raees dan Raeesha juga agak jauh. Hadeeya di tingkat bawah, anak-anaknya pula di tingkat atas. Hanya dipisahkan dengan tangga dan cermin kaca yang mengelilingi ruang tamu atas.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now