• 4 | 𝐁𝐘𝐃 •

358 34 2
                                    

Kini, seluruh pelajar asrama sedang menyusun segala barang dan beg yang hendak dibawa pulang kerumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kini, seluruh pelajar asrama sedang menyusun segala barang dan beg yang hendak dibawa pulang kerumah. Ada juga pelajar yang sudahpun pulang. Awal sungguh! Cemburu pula bila melihat orang lain yang awal-awal lagi sudah dijemput keluarga.

"Baldi sudah. Barang mandi dah. Selimut dah. Cadar pun dah simpan dalam beg besar. Pakaian pun dah lipat semua. Apa lagi yang belum ada eh?" Haura bermonolog sendiri sambil berdiri ditengah-tengah bertimbun-timbun begnya.

Jari-jemarinya naik menggaru kening. Sedang memerah otak.

"BHAA!"

"Allahuakbar!" Terangkat kedua-belah bahu Haura. Tersentak dibuatnya. Nasib baik perkataan yang keluar itu hanya memuji Allah.

Kalau melatah 'oh muka mak kau green' tadi, kan dah payah. Haura mengusap-usap dadanya yang beralaskan jubah ungu gelap, baju rasmi sekolahnya. Mencuba untuk melegakan jantung yang berdetak laju akibat terkejut tadi.

Terledak tawa Aarya. Suka benar kenakan kak Raeesha nya. "Sorry kak tersengaja! Aish bagus betul. Melatah pun keluar perkataan yang baik-baik je."

"Haih ada-ada je lah Aarya ni. Ini hari last akak dekat sini tau. Buatlah perkara yang elok-elok sikit dekat akak. Ini tidak, pergi menambahkan lagi amarah dalam diri akak ni ha." marah Haura. Tak pasal-pasal Aarya kena bebel free.

Jarang ye Kak Esha marah! Haih ini mesti geram sangat dengan Aarya yang tak serik-serik mengusiknya. Kalau sekali dua tak apalah, ini sudah berkali-kali. Memang kena lah.

"Err.. Asiif kak. Aarya promise tak buat dah." Kedua-dua belah tangannya memeluk erat bahu Haura. Haura pula hanya membiarkan sahaja tubuhnya didakap begitu. Tidak pula membantah.

Walaupun agak menyusahkan pergerakannya yang sedang menyusun barang, tetapi tidak apalah. Haura redha.

"Iya lah Aarya. Ada apa ni tiba-tiba datang dekat akak?" Matanya tetap ralit meneliti setiap barang yang sedang disusunnya.

"Aarya nak beritahu, abang Aarya dah on the way." Tangan Aarya yang memeluk bahu Haura tadi sudahpun dileraikan. Takut mengganggu Haura yang hendak mengemas barang.

Ye. Memang mengganggu pun!

"Oh iya? Awal pula abang Aarya jemput kali ini. Biasanya lewat."

"Haah kak, sebab kali ini abang Aarya yang lagi satu tu yang jemput. Kalau tidak, mesti tetap lambat. Macam biasalah."

Berkerut dahi Haura. Selepas sahaja meletakkan beg yang terakhir didepan locker, tubuhnya dipusing menghadap Aarya. Lantas menyoal. "Aik. Aarya ada dua orang abang?"

"Memanglah. Takkan akak tak tahu kut."

"Memanglah. Kau tak tahu ke Esha?"

Serentak Aarya dan Erdyna membalas. Erdyna dengan mengejutnya tiba-tiba sahaja muncul dibelakang Haura. Dari mana datangnya pun taktahulah. Sedap-sedap aje menyampuk orang berbual.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now