• 3 | 𝐁𝐘𝐃 •

272 24 3
                                    

"Assalam'alaikum, antunna!" lantang suara Haura memberi salam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Assalam'alaikum, antunna!" lantang suara Haura memberi salam. Kini, pelajar asrama baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu subuh.

"Waalaikumussalam, Kak Raeesha!"
serentak pelajar-pelajar yang lain menjawab.

"Kaifahalukum?"

"Alhamdulillah, nahnu bilkhair!"

"Alhamdulillah. Jadi seperti yang sedia maklum, harini adalah hari...?"

"Hari untuk pulang!" tersenyum lebar mereka membalas. Tak sabar sangat agaknya mereka mahu balik kerumah daripada penjara indah ini. Siapa je pelajar yang tinggal di asrama, tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas sekian lama tinggal di asrama kan?

"Pulang? Pulang kemana tu antunna?"

"Pulang ke rumah laa, Kak Esha!"

"Na'am. Hari ini adalah hari untuk kita semua pulang ke rumah dan.. Cuti selama tiga minggu." Haura sebagai ketua asrama memaklumkan tempoh cuti.

Kini, seluruh pelajar perempuan diminta Haura untuk berkumpul seketika selepas selesai menunaikan solat subuh tadi. Jadinya, seperti yang dirancang tadi, Haura dan Erdyna akan memberitahu sesuatu kepada mereka semua.

"Cuti-cuti juga, tapi jangan lupa esok, antunna masih perlu hadir ke dewan utama tahfiz. Sebab tahfiz kita akan mengadakan hari.. Hari apa ya antunna?" sambung Erdyna pula selaku ketua surau.

"Ihtifal!"

"Ahsantum. Tahfiz kita akan mengadakan hari ihtifal. Jadinya, Kak Dyna selaku wakil daripada ustazah dan ustaz sangat mengalu-alukan kamu semua untuk datang ke dewan besar esok ya."

"Baik, insya-Allah Kak Dyna!" kesemuanya tersenyum lebar ketika menjawab. Bergelak ketawa seperti tiada hari semalam.

"Baiklah," Haura kembali bersuara. Tekak terasa berpasir. Sukar untuk dia menyambung kata.

"Seperti yang sedia maklum, peperiksaan penggal akhir bagi tingkatan enam sudahpun berakhir pada sebulan yang lepas. Awak semua pun sedia tahu, bahawa hanya kami berdua sahaja pelajar perempuan tingkatan enam yang tinggal disini. Jadi dengan itu, kami mahu memberitahu semua, yang... " terhenti percakapan Huara apabila ada pelajar lain yang mencelah.

"Jangan cakap hari ni hari last korang?" soal seorang pelajar perempuan daripada tingkatan tiga. Memutuskan percakapan Haura. Gelisah juga gundah suaranya.

Pelajar yang lain juga mula bersuara. Riuh ruangan musolla itu dengan suara-suara mereka. Ada yang mengeluh. Ada yang terkejut. Ada yang hampir menangis. Ada yang riak wajahnya penuh dengan tanda tanya.

"Weh janganlah!"

"Janganlah berhenti lagi.."

"Mana boleh macam ni kak.. "

"Aaaa awalnya nak berhenti!"

"Nak nangislah macam ni.."

"Sumpahlah Kak Dyna dan Kak Esha nak berhenti dah?"

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now