• 10 | 𝐁𝐘𝐃 •

280 24 5
                                    

📍VILLA RIDHEEYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📍VILLA RIDHEEYA

RIDHEEYA. Ridheeya adalah singkatan bagi nama Ridhwan dan Hadeeya.

.

Setelah tiga puluh minit perjalanan daripada dewan tahfiz Nasrusyyifa' tadi, akhirnya sekeluarga Ridheeya sudahpun tiba di rumah agam mereka.

"Huh.. Alhamdulillah sampai juga ke rumahku, syurgaku." nafas dihela. Raees yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, terus menuju ke ruang tamu lalu merebahkan tubuh sasa-nya ke atas sofa.

"Assalamualaikum.." serentak Haura dan Raeed pula masuk. Seterusnya, abi dan bonda juga membontoti langkah mereka. Berpegangan tangan hingga kedalam rumah.

Ya, macam biasa! Betapa romantiknya sepasang pengantin lama itu.

Haura bersama langkah malasnya terus menuju kearah lift untuk naik ke bilik tidurnya yang berada di aras tiga. Lambat-lambat jari telunjuknya menekan punat untuk ke atas.

Biarlah apa nak jadi. Haura sudah kepenatan. Keletihan. Kelesuan. Kelebiu-. eh salah salah salah..

Raeed pula yang berniat untuk ke dapur, berpatah balik kearah sofabed yang berada di ruang tamu. Duduk disebelah kembarnya, Raees.

"ByCha."

Belum sempat Haura ingin melangkah masuk kedalam perut lift yang sudah ternganga itu, tiba-tiba ada pula yang menyeru namanya.

Bermalas-malaslah gadis itu memalingkan kepalanya kearah pemilik suara.

Apabila dia menoleh, mata Raeed sudahpun sedia menyambut pandangannya.

"Hmm...?" gumam Haura perlahan. Tidak berganjak seinci pun daripada pintu lift. Hanya berdiri kaku disitu sambil memandang kearah abangnya.

"Princess, come here please. Abang nak cerita something ni." kata Raeed dengan nada memujuk.

Terus mencuka wajah cantik Haura yang masih tercegat didepan lift itu. Orang nak tidur jugalah dia boleh nak ajak berbual.

"Bila lagi kita nak sembang-sembang kan? Lepas ini kami berdua dah sibuk kerja." sambung Raees bernada pasrah dihujungnya. Sengaja.

Raeed disebelah pula hanya menepuk-nepuk tempat duduk kosong yang berada diantaranya dan Raees. Mempelawa Haura untuk duduk bersama.

"Hish.. Abang ni, nanti-nanti lah. ByCha letih lah.." ya tak tipu! Memang Haura betul-betul keletihan.

Daripada pagi-pagi buta lagi sampailah petang berada di dewan tadi, memang tak sempat berehat langsung. Tambah lagi dia asik kehulur-kehilir keluar masuk dewan kerana membantu guru-gurunya.

"Alaa sekejap jee.. Please, my little princess?" meleret suara Raees. Memujuk.

"Haih.. Fine." mengalah. Terpaksa mengalah!

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now