• 23 | 𝐁𝐘𝐃 •

260 22 2
                                    

Aahil meloloskan dirinya terus kedalam bilik tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aahil meloloskan dirinya terus kedalam bilik tidur. Tidak dihiraunya suara Aarya yang memarahinya kerana melarikan diri. Terus merebahkan tubuh sasanya ke katil.

Sedang merenung siling, tiba-tiba tersenyum tipis. Kata-kata Erdyna di hospital tempoh hari menghantui mindanya.

'Akhirnya kau dapat juga dia kan. Dia sudahpun berikan hati dia pada kau.'

Aku? Dapat dia?

Oh pastilah belum.

Dia berikan hati dia pada aku?

Dia berikan..

Hati dia..​

Pada aku?​

Benarkah apa yang Erdyna katakan tu? Ataupun Erdyna sengaja nak uji dia? Entah-entah Haura tak heran pun dengan surat yang dia beri. Erdyna sahaja mereka cerita.

Ah! Dah mula dah overthinking dia.

Tapi perkata tu tak mustahil..

Tidak semena dia teringat, kenapa tadi bila dia muncul depan pintu wad, Haura seakan terpaku? Mata Haura seakan terbias rasa teruja ketika melihatnya. Sempat juga dia melihat bibir Haura yang ternaik sesaat.

Mengingatkan itu, automatik bibirnya terkumat kamit berstighfar. Meraup wajah. Dia tak patut teringat akan hal itu. Dia sendiri malu.

Sedang merenung dinding bagai mahu tembus,

Tiba-tiba kelopak matanya memberat. Matanya pedih. Dia menggosok-gosok matanya. Pandangan mula kabur. Semakin gelap. Dan, terlelap.
.
.
.​

Haura dan bondanya melangkah masuk kedalam rumah agam mereka, Haura terus melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Hadeeya pula masuk ke ruang dapur.

Nafas dihela. Alhamdulillah, dapat juga dia pulang ke rumah petang ini. Itupun selepas dia bersunguh memujuk Doktor Hana dengan mengatakan dia akan baik-baik sahaja. Kalau Doktor Hana tak membenarkan dia pulang pada hari ini, tak tahu lah apa yang akan jadi padanya di dalam wad itu. Bosan sungguh! Nak keluar mana-mana pun tak boleh kerana doktor Hana takut dia masih trauma akan sekeliling. Padahal dia sudah separuh sembuh dari penyakit mental itu. Tak percaya sungguh doktor pakar itu padanya.

"Raeesha?" tegur Ridhwan yang baru sahaja keluar dari lift. Dia baru sahaja menyelesaikan urusan kerjanya di pejabat. Tiba-tiba ternampak pula anak daranya yang baru sembuh itu bersandar pada sofa. Langkahnya dituju kearah Haura.

Dia agak kecewa kerana tidak dapat melawat mahupun menjemput anaknya dari hospital. Urusan kerja syarikatnya bertimbun. Mesyuarat pada hari ini sahaja ada tiga yang perlu dihadiri. Memang sangat padat jadualnya hari ini. Seperti selalu.

Haura menoleh pada abi nya. Tersenyum manis.

Ridhwan membalas senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah anaknya. "Anak perempuan abi, sihat?"

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now