• 17 | BYD •

238 27 8
                                    

[ hi! hehe nak bagitau ni, kalau ada yang tak tahu makna atau kurang faham apa yang saya tuliskan dalam BA mahupun BM dekat chapter sblm ni,

boleh lah comment untuk dapat kan makna yee, jangan malu² jangan segan². sangat dialu-alukan.

tapi kalau awak shy shy cat juga, nak chat personal pun boleh :3 ]​

tapi kalau awak shy shy cat juga, nak chat personal pun boleh :3 ]​

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pov Raeesha > selepas majlis selesai.

Satu persatu pin tudung dan jarum peniti yang dicucuk pada tudung labuhnya dibuka dan dicabut lalu disusun elok didalam laci meja solek.

Tudung labuh yang telah dipakai hampir seharian juga ditanggalkan lalu dicampak ke dalam bakul berhadapan dengan pintu bilik mandi.

Purdah yang menutupi separuh wajah cantiknya pula turut ditanggalkan.

Dicampakkan juga kedalam bakul.

Setelah itu, giliran anak tudung pula untuk ditanggalkan daripada kepala.

Maka dengan itu, terpampanglah rambut berwarna caramelnya yang disanggul bulat. Dibuka juga ikatan yang ada bagi melegakan keserabutan dan ketidakselesaan yang sudah dipendam daripada tadi.

Siapa saja yang akan selesa apabila memakai tudung dan mengikat rambut terlalu lama kan?

Setelah selesai membuka dan melepas segala ikatan getah di kepala, dia menghempapkan tubuh kecil nya di atas katil. Mata cantik kebiruannya dipejam seketika.

"Subhanallah.. Letihnya harini.." bisik Haura sendiri. Jelas suara kelesuannya.

Mana tidak nya.. daripada pagi sehingga petang tidak putus-putus tetamu yang datang. Dan sudah semestinya dia harus melayan semuanya.

Kerana tetamu itu sendiri hadir pada hari ini kerananya. Untuk meraikannya. Dengan itu, dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.

Syukur makanan yang terhidang sentiasa cukup. Siap ada lebih lagi.

Jam digital yang tergantung elok di dinding bilik tidurnya ditilik. Sudah menunjukkan pukul 7.15 malam.

Hampir masuk waktu fardhu maghrib.

Bernasib baiklah dia masih lagi dalam tempoh uzur. Dapatlah dia berehat lama sikit pada malam ini.

Kalau tidak, pasti sekarang ini bonda sudah memanggil-manggilnya untuk solat berjemaah di tingkat bawah.

Tiba - tiba matanya meluas.

"Eh! Ya Allah aku tak mandi lagi. Ah Raeesha tak boleh malas mandi. Aku ni dah lah tak suka tidur dengan bau tak wangi ni." monolog Haura sendiri.

Ya, dia memang suka bercakap seorang - seorang.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now