• 2 | 𝐁𝐘𝐃 •

645 51 4
                                    

Getaran yang datang daripada bahagian bawah bantalnya itu membuatkan dia tersedar dari tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Getaran yang datang daripada bahagian bawah bantalnya itu membuatkan dia tersedar dari tidur. Lantas dia meraba-raba bahagian bawah bantal lalu dicapai jam loceng yang masih bergetar itu.

Ditekan punat off bagi mematikan getaran lalu ditekan punat light bagi mencerahkan angka yang ada pada jam itu. Memudahkan lagi untuk dia melihat waktu yang tertera pada jam.

Memandangkan disekeliling dorm ini masih tiada lampu yang menyala, jadi dengan bantuan punat light itu sahaja dapat membantunya melihat angka dengan tepat.

Kini, jam sudah menunjukkan pukul 4.30 a.m. Nafas lega dihembus. Syukur, masih sempat lagi untuk menunaikan beberapa rakaat solat sunat tahajjud dan hajat sebelum waktu subuh menjelma.

Selepas doa bangun tidur selesai dibaca, lantas dia mencapai pengepit rambut yang berada di atas meja kecil. Digulung-gulung rambut berwarna caramel-nya lalu dikepit dengan kemas. Memastikan tiada lagi rambut yang terburai.

Sesudah menyelesakan diri, bilik air yang berada dihujung dorm dituju. Dibuang hadas dan wudhu' juga diambil.

"Asyhadualla ilahailallah wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu wa rasuluh Allahummaj 'alni minat tawwa bin waj 'alni minal mutathohhirin waj 'alni min 'ibadikassholihin." ujar Haura selepas selesai mengambil wudhu'.

Selepas menapak semula kedalam dorm, telekung putih yang tergantung elok di dalam locker diambil lalu terus disarung menutup kepala dan separuh tubuh. Kain telekung pula diletakkan diatas bahu.

"Dyna! Bangun weh. Dah nak masuk subuh ni. Jom dating dengan Allah dulu." kejut Haura sambil menggoyang-goyangkan tubuh kecil Erdyna. Budak ini kadang-kadang agak liat sikit untuk bangun tahajjud.

"Hmmmm." Kantuknya Erdyna masih tegar menguasai diri. Sang malas sedang berperang besar dengan sang rajin.

"Erdyna Shaheera. Bangun!" Haura berbisik amaran tepat di telinga Erdyna.

"Ya ya. Nak bangun lah ni." serak suara Erdyna. Jelas mamai. Kelopak matanya juga masih tidak tercelik. Ditepisnya tangan Haura yang jelas mengganggu tidurnya.

"Subhanallah. Bangunlah Esha, kan kita dah janji nak kejar syurga Allah sama-sama?" ayat kebiasaan Haura ketika mahu memujuk Erdyna untuk beribadah bersama-sama. Meskipun ayat yang sama sahaja setiap hari, ia tetap memberi kesan pada telinga dan hati Erdyna yang mendengar.

Kelopak mata Erdyna akhirnya perlahan-lahan terbuka. Langsung bangun daripada pembaringan. Ditadah tangan dan membaca doa bangun tidur.

Berdoa semoga kesemua syaitan yang berkepuk-kepuk menghasutnya untuk meninggalkan tahajjud itu pergi jauh-jauh.

Selepas selesai membaca doa bangun tidur dalam keadaan yang masih mamai, dia bangun berdiri lalu membuka langkah untuk ke bilik air. Dilepaskan hadas kecil lalu air wudhu' pula diambil.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now