• 7 | 𝐁𝐘𝐃 •

297 31 9
                                    

📍DEWAN UTAMA TAHFIZ NASRUSSYIFA'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📍DEWAN UTAMA TAHFIZ NASRUSSYIFA'

"Bonda, ByCha t-takutlah.." Terketar-ketar suara Haura pada ketika ini. Jari jemarinya juga turut bergetar.

"Kenapa nak takut pula ni, intan payung bonda? Majlis khatam kan akan berlangsung pada waktu terakhir nanti. Lambat lagilah." pujuk Hadeeya. Penuh kelembutan suaranya.

"Yaa bonda, memanglah majlis tu akan berlangsung pada waktu terakhir, tapi sekarang pun ByCha dah rasa gementar. Macam mana ni.." meleret suara Haura mengadu.

Pada waktu ini, dengan berada disamping bondanya sahaja yang akan dapat menenangkan gementarnya.

Lekas-lekas jari-jemari milik Haura digenggam erat oleh Hadeeya. Tidak lain tidak bukan, hanya untuk menenangkan anak daranya itu.

Sejuk. Tangan Haura ketika itu terlalu sejuk tambah berpeluh. Terangkat hujung bibir Hadeeya apabila melihat anaknya yang terlalu takut dan gementar.

Entah apa yang dirisaukan. Padahal, masih ada lagi satu jam untuk majlis khatam Al-Quran itu berlangsung.

Walaupun begitu, hati seorang ibunya masih ada terselit risau juga.

Tetapi, dia tidaklah berniat untuk membuktikan kerisauannya itu secara zahir. Dia juga tahu bahawa anak perempuan seorangnya ini pasti dapat buat yang terbaik nanti.

Dia sudah yakin dengan kenyataan itu. Perlu yakin.

"Raeesha."

Terus menegak kepala Haura apabila sistem pendengarannya disapa oleh suara yang sangat dikenalinya.

Daripada tadi lagi gadis itu hanya menunduk ketakutan. Tetapi apabila suara itu yang memanggil, automatik rasa teruja yang menguasai diri.

Apabila dia berpaling kearah si penyeru, jelaslah wajahnya yang terselindung disebalik sehelai purdah itu terus terukir senyuman. Mudah kata, Haura lega.

"Erdyna." Senyum yang terukir di bibir merah Haura, bertambah lebar.

Walaupun begitu, sesiapa sahaja yang memandang Haura pada waktu itu. Hanya akan terlihat mata kebiruannya yang sepet kerana tersenyum sahaja.

"Assalamualaikum, Aunty Deeya." Erdyna menyapa Hadeeya yang berada disebelah Haura. Dihulurkan kedua-dua belah tangannya untuk bersalaman dengan Hadeeya.

"Waalaikumussalam Erdyna. Baru sampai ya?" balas Hadeeya. Tersenyum mesra.

"Haah, Aunty. Baru sampai."

"Ibu awak ada sekali? Kalau ada, suruhlah dia duduk sini juga. Adalah Aunty teman." kata Hadeeya. Sudah lama juga tidak berjumpa dengan ibu kepada Erdyna.

Sejak Haura tidak pulang ke rumah, sejak itulah dia tidak berjumpa dengan ibu Erdyna.

"Ada, Aunty. Ibu ada hari ini. Sekejap ya Dyna call dia untuk duduk dengan Aunty dekat sini."

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now