• 18 | BYD •

224 18 3
                                    

"Morning, little princess

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Morning, little princess." Telapak tangan kasarnya naik mengusap lembut rambut Haura yang sedang membancuh kopi.

"Morning, little hero. Awal pula abang bangun hari ni." tersenyum senang memandang wajah Raeed sebelum menyambung mengacau kopi hingga sebati.

Terletus tawa Raeed mendengar Haura menggelarnya 'Little hero'. Little pun little lah ByCha.

"Eh eh dia. pernah ke abang bangun lewat huh?" Dibongkokkan tubuh lalu sisi wajah adiknya ditenung. Dikecilkan matanya. Tak pasal-pasal kena tuduh pagi-pagi ni.

Terletus tawa kecil Haura. "Okay fine, tak pernah pun." ya betul! Dia tak tipu, abangnya yang satu ini memang tak pernah langsung bangun lewat pada waktu pagi.

Selepas solat subuh di masjid, ada saja yang akan dilakukannya untuk mengelakkan terus kembali tidur.

"Raeesha." Tubuhnya masih dalam keadaan yang sama. Bongkok separuh, lutut digenggam untuk keseimbangan badan.

Anak matanya juga tepat merenung sisi wajah adik kesayangan.

"Hm?" Kedua-dua belah keningnya terangkat tanda menyoal.

"Are you... Accept?-"​

"Wah! MashaAllah harumnya bau kopi! Sampai kedalam bilik abi dan bonda baunya ni." Ridhwan yang baru melangkah ke dapur memotong.

Tangan kanannya memaut pinggang ramping isteri ketika berjalan.

"Abang, nanti sambung sembang ya. ByCha nak siapkan breakfast ni dulu." bisik Haura.

Raeed mengangguk tak puas hati kemudian terus ke meja dapur.

Raees pula baru sahaja turun ke tingkat bawah turut membontoti langkah bonda dan abinya.

Wajah mamainya terserlah jelas lagi nyata. Entah apalah peta yang dilakarnya diatas tilam malam tadi.

"Morning abi, bonda. Duduklah dulu, ByCha tengah buatkan sandwich dan white coffee ni." Tidak perasan langsung abi dan bondanya sudah turun ke tingkat bawah tadi.

Pada kebiasaannya kedua-dua insan tercintanya itu akan turun lewat sedikit pada waktu pagi. Tetapi kali ini awal pula mereka turun.

Semua turun awal.

Pelik pelik.

"Okay.."​ serentak bonda dan abi menjawab seraya mengambil tempat di meja dapur.

Raees yang berwajah beku itu tidak berkata apa-apa malah terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan abinya.

Seketul Raees ini kalau pagi-pagi memang biul sikit. Tiba-tiba aje jadi dingin semacam. Lepas itu diam aje.

Ridhwan yang sudah duduk, berdiri semula apabila tersedar isterinya masih belum duduk.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now