• 9 | 𝐁𝐘𝐃 •

276 30 7
                                    

"Kak Esha! Kak Esha kan tuu? Tunggu sekejap!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kak Esha! Kak Esha kan tuu? Tunggu sekejap!"

Belum sempat Haura ingin melangkah pergi lebih jauh daripada tempat kejadian yang tidak diingininya itu, secara tiba-tiba ada satu suara yang sangat dikenalinya memanggil.

Tersentak. Kerana terasa jari jemari runcingnya digapai oleh seseorang daripada belakang.

Apabila dia berpaling,

"Ya Allah, Aarya. Terkejut akak." Haura mengusap-usap dadanya yang beralaskan tudung labuh.

Terkejut yang tadi pun tak habis lagi, ni tambah lagi dengan terkejut lain.

Aarya senyum bersalah. "Hehe sorry buat akak terkejut. Aarya cuma nak bagi akak something ni."

"But wait nah! Aarya nak amik barang tu dekat abang dulu. Kak Esha jangan pergi mana-mana tau." Sambungnya lagi. Sempat meninggalkan pesanan.

"Iyalah Aarya, akak tunggu sini."

Lalu Aarya terus membuka langkah dan pergi kearah yang ingin dituju. Haura pula hanya menjadi pemerhati daripada jauh sahaja.

Terkedu.

Terus terkedu reaksi wajah cantik Haura apabila arah yang dituju oleh Aarya adalah lelaki yang dia terserempak tadi.

Bertambah kaget, apabila melihat Aarya bersalaman dengan lelaki itu.

Baru dia berpeluang memproses otak,

Jadi.. Benarlah,

Wajah lelaki yang dia terserempak itu tadi sama dengan wajah lelaki yang bermesra dengan Nayra sewaktu dia berada dibelakang dewan.

Kenapa..

Siapa..​

Dia..?​

Siapa lelaki itu sebenarnya? Abang kepada Aarya?

Lepas itu, kalau itu abang Aarya mestilah dia adik kepada ustazah Aayla.. Kan?

And then kalau dia adik ustazah Aayla, maknanya Nayra dan Nayla tu anak saudara dia lah?

Jadi, patutlah..

Eh jap.

Aduh, yeke? Macam tak je.

Entah-entah ayah saudara muda ke?

Aduh menyesal pula tak melihat wajah abang Aarya yang datang menjemput Aarya semalam. Kalau dia melihatnya, pasti sudah cam.

Penuh tanda tanya didalam akal fikirannya.

"Ahh nantaklah dia siapa. Buat pening kepala je fikir." gumam Haura sendiri. Malaslah nak berfikir dan mengambil tahu tentang orang lain.

Bukan urusannya.

Sedang Haura termenung sendiri, tiba-tiba dia melihat Aarya seakan-akan melambai-lambai kearahnya.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now