• 24 | 𝐁𝐘𝐃 •

270 34 11
                                    

Hi! jangan lupa votes and comment tau. nak juga paksa tak kira. Tiara exited ni nak baca comment dari korang.

Anyway, enjoy your reading!
.
.
.​

"A big no! Kau fikir Malaysia ke Jordan tu macam dari tasik ni pergi ke royal mall tu ke? Yang tambang dalam berapa belas ringgit je? Weh tak weh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"A big no! Kau fikir Malaysia ke Jordan tu macam dari tasik ni pergi ke royal mall tu ke? Yang tambang dalam berapa belas ringgit je? Weh tak weh. Sini ke sana beribu raban. Lepas itu pula, abi kau nak tanggung makan, minum, tidur aku yang hampir beberapa minggu tu. No memang tak lah. Menyusahkan, Raeesha. Kau pun tahu aku bukan suka membebankan orang lain." Erdyna menghela nafas. Mengah pula mengomel dalam satu nafas.

Ya. Seperti yang dibincangkan semalam, Haura perlu pujuk Erdyna. Dan kini, sesuai dengan yang disangka.. Erdyna sudahpun membebel-bebel daripada tadi. Sejak selesai memanah sehinggalah sekarang.

Tak henti mereka berlawan mulut. Bersungguh Haura memujuk. Bersungguh lagi Erdyna menolak. Sudah berbagai-bagai jenis drama yang Haura cipta. Sedih sudah, gembira sudah, kecewa sudah, teruja sudah.. Tapi kesemuanya tak memberi impak langsung pada Erdyna.

Haih. Susah betul lah!

Mendengarkan omelan dari Erdyna, langsung Haura yang duduk dengan kaki yang rapat ke dada, mendaratkan dagunya ke lutut. Mengeluh.

Ada lagi satu Idea yang berlari difikiran..Bina ayat pasrah sepasrah-pasrahnya. Hmm, mari kita cuba.

"Jadi, kau tak sudi lah nak temankan aku kat sana. Kau nak biar aku sorang-sorang kat sana. Makan minum sorang-sorang. Sakit sorang-sorang tiada siapa tahu. Jalan sorang-sorang. Lepas itu kalau tiba-tiba aku kena culik kerat 18, baru kau nak menyesal kan." keluhan berat terlepas dibibir.

Ayat terakhir yang diujar Haura membuatkan tangan Erdyna lekas sahaja menampar bahu orang disebelahnya. "Mulut kau! Doa bukan-bukan pula." menjeling sedas.

Haura mendesis. Pedih!

"Apa? Betullah aku kata. Kau dah tak mahu temankan aku. Dulu kau yang selalu risaukan aku, sekarang tak heran dah. Dulu kau yang selalu care pasal kesihatan aku, sekarang mana ada kisah dah. Lepas tu muka kau pun dah tak risau kalau dengar aku nak jalan sorang-sorang..." sedih sungguh nadanya!

Erdyna mula gelisah melihat mata Haura yang seakan memerah menahan tangis. Riak wajahnya berubah serba salah. Wallahi, bukan niatnya mahu berbuat begitu. Dia juga tiada niat langsung ingin mengabaikan sahabat baiknya sebegitu rupa. Dia cuma tidak mahu menyusahkan orang. Terutama keluarga Haura.

Lantas Haura mengambil alatan memanahnya, menyimpan rapi didalam beg khas pemanah. Ada ura-ura mahu beredar dari situ.

"Raeesha..." Erdyna menggapai tangan Haura yang sudah berdiri. Haura menarik semula tangannya dari genggaman Erdyna. Genggaman Erdyna tidak erat, mudah dia menarik semula.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now