• 14 | BYD •

232 29 6
                                    

📍SEHARI SEBELUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📍SEHARI SEBELUM...​

Jam di dinding dipandangnya sekilas. Sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Tetapi dia masih lagi berjaga. Sesudah selesai solat sunat tahajjud dan istikharah tadi, dia berhajat untuk tidur. Tetapi matanya tetap berdegil tidak mahu terkatup.

Selepas bertungkus lumus berusaha untuk tidur tetapi tidak berjaya juga, akhirnya dia bangun daripada katil. Meja belajar dituju. Pen dan kertas kecil dicapai.

"Hati dia akan jadi bertambah lembut if kau mengayat dia dalam bahasa Arab. Serious talk, she will melt like an ice cream dijemur bawah matahari if someone give her a words in arabic. she loves arabic a lot. Trust me." bait bicara daripada Raeed pada siang tadi terlintas didalam benak fikirannya.

Raeed memberi idea padanya.

Siap bagi contoh aiskrim dijemur bawah matahari lagi ya!

Tersenyum sendiri apabila teringat.

Kebetulan pada waktu tengah hari tadi mereka bertiga solat jumaat di masjid yang sama. Senang cerita, terserempak tanpa sengaja. Jadi alang-alang sudah terjumpa, mereka pun mengambil kesempatan untuk menge-teh di restoran terdekat dahulu sebelum pulang ke rumah.

Akal fikirannyanya pada malam ini lincah bekerja memikirkan adakah patut dia menuliskan setiap apa yang tersirat didalam hati.

Adakah patut penulisannya ini sampai kepada insan yang diimpikan itu?

Patutkah dia memberikan sehelai kertas yang berisi kata-kata bermakna ini kepada si dia? Dan.. adakah betul caranya ini?

Soal hati pula? Soal diri sendiri? Huh! Buntu jadinya.

Jikalau soal hati, memang sudah lama dia menginginkan gadis itu.

Ya, sudah lama! Sejak dia masih kecil lagi. Setiap kali dia bermain ke rumah Raees dan Raeed, pasti budak kecil Haura tu ikut main bersama.

Bila teringat kembali..

Comelnya dia.

Argh! Kelain dah ni.

Berbalik pada topik tadi,

Sejujurnya, dia selalu kagum dengan setiap apa yang dimiliki oleh gadis itu. Ya, hanya kagum. Kerana dia selalu merasakan dirinya tidak layak buat gadis sesempurna itu.

Sehinggalah.. Suatu hari.

Selepas bertahun lamanya tidak bertemu. Bertahun lamanya dia pergi jauh. Bertahun lama juga dia perbaiki diri..

Akhirnya keyakinan di dalam diri mula muncul.

Tidak tahu apa yang menghantui fikirannya, tiba tiba terasa begitu.

Sehinggalah saat ini. Sungguh! Dia sudah berasa lebih yakin untuk mencuba meraih si pemilik hati yang sudah lama diimpi.

Tetapi.. Masih ada sesuatu yang selalu berlegar-legar dalam fikirannya

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now