• 21 | BYD •

226 24 8
                                    

Bunyi derapan langkah kaki yang seakan diseret dan cawan kaca yang bertembung dengan meja kayu jelas mengganggu tidur Erdyna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi derapan langkah kaki yang seakan diseret dan cawan kaca yang bertembung dengan meja kayu jelas mengganggu tidur Erdyna.

Siapa pula masuk bilik wad ni?

Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Matanya dikerdipkan beberapa kali bagi menjelaskan penglihatan. Telefon yang berada diatas meja kecil itu dicapai lalu dibuka. Terteralah nombor yang menjelaskan waktu.

2.45 a.m.

Masih awal lagi.

Dilihat kearah katil. Hanya ada bantal dan selimut yang terselak. Tiada orang diatas katil itu.

Sekejap.. Tiada orang?!

Serta merta tubuhnya tegak berdiri.

Haura tiada?!

Ya Allah mana pula Haura pergi pagi-pagi buta ni? Sejak bila pula dia sedar? Setahunya, sejak dari kejadian pagi tadi lagi Haura masih belum sedarkan diri. Malah Haura juga sudah dipindahkan dari wad biasa ke wad suite VIP. Untuk keselesaan pesakit dan penjaga. Siapa penjaga? Tentulah Erdyna.

Keluarga Haura bersungguh halang Erdyna untuk menjaga Haura. Tapi Erdyna berkeras juga. Bukan apa, dia kesian pada bonda dan abi Haura, kedua-duanya nampak begitu letih. Jetlag. Mana tidaknya, perjalanan mereka yang berada diluar negeri untuk sampai kesini pun sudah hampir 8 jam!

Inikan pula kalau ditambah mahu tidur di hopsital. Kalau ada katil tak apa. Ini hanya ada sofa. Buat bertambah sakit badan je nanti.

Kiri kanan dia menoleh. Mencari susuk tubuh sahabatnya. Dalam keadaan gelap ini, agak susah untuk dia mengesan sesuatu.

Toleh punya toleh, masih tak jumpa.

Rasa macam kena buka lampu ni baru nampak.

Belum sempat dia melangkah kearah suis lampu, tiba-tiba dia ternampak ada 'benda' yang duduk diatas kerusi kayu sambil memegang mug air. Kalau tak salah, 'benda' itu sedang menghadapnya.

Tubuhnya seperti perempuan. Berambut panjang yang tidak diikat, dibiarkan terburai.

Ya Allah.. Ini apaan sih?

Mulutnya sudah terkumat kamit membaca selawat dan zikir. Perlahan-lahan dia membuka flash dari telefonnya lalu perlahan-lahan juga dihalakan kearah kerusi kayu.

Perlahan-lahan..

Satu..

Dua..

Ti..

"Cak! Hehe." perempuan itu mengangkat dua jarinya, simbol peace.

Automatik Erdyna memegang dada. Nenek dia la duk main cak-cak pukul 2 pagi!

"Sengal la Esha. Bila kau sedar? Asal tak kejut aku? Pagi-pagi buta buat air dengan rambut tak berikat, hantu kak limah pun boleh menangis tengok sebab insecure dengan kau tahu tak!" Erdyna terus pergi kearah suis lampu lalu dibuka semua suis. Terus menjadi terang benderang bilik itu.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now