• 26 | 𝐁𝐘𝐃 •

192 21 3
                                    

Beberapa minggu kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa minggu kemudian.

Hingar bingar jadinya suasana di dalam pasaraya ini dengan lagu yang dipasang serta suara-suara pelanggan yang asik bercakap sesama sendiri. Mungkin suara mereka terdengar agak bingit kerana ruang pasaraya ini yang tidak terlalu luas. Sedang-sedang sahaja.

Haura lebih gemar membeli-belah di pasaraya yang sedang-sedang ini. Kerana tidak perlu berjalan jauh dan mengambil masa yang lama untuk kesana kesini mengambil barang.

Sesudah mengambil beberapa air kotak minuman lalu di susun ke dalam troli, dia menuju kearah tempat yang menempatkan biskut.

Oleh kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dia akan pulang kerumah neneknya dan akan tinggal lama disana, makanya dia perlulah membawa bekalan seperti barang keperluan dan makanan ringan untuk dibawa ke sana. Sekaligus, ke universitinya nanti.

Bukannya tiada kedai atau pasaraya disana, hingga perlu membeli awal-awal disini. Cuma, dia lebih suka dan selesa dengan barangan dari Malaysia sendiri. Jenama pun memang sudah biasa diguna. Sekurangnya, tiadalah rasa ragu-ragu jika mahu membeli apa-apa.

Langkah Haura langsung terhenti dihadapan rak keropok dan gula-gula. Belum sempat sampai di tempat biskut lagi, tidak semena-mena dia terasa awning tudungnya disengetkan oleh satu tangan yang sangat meminta pasangannya iaitu kaki. Pemilik tangan itu sangat-sangatlah mempelawanya untuk memberi ciuman tapak kaki. Tapi tak sampai hati pula nak memberinya.

Haura mengeluh berat sebelum menepis pemilik tangan bertuah itu.
"Jangan sentuh lah." mata menjeling orang sebelah. Orang tengah tak ada mood ni boleh pula dia cari pasal.

Dibetulkan semula awning tudungnya yang sudah tak betul itu. Menyesal tak sarung niqab aje tadi. Kalau pakai niqab, tak perlu risaukan awning. Orang nak kacau macam mana pun, tak akan jadi apa apa.

Raees tersenyum mengejek seraya memaut bahu adiknya. Dia melarikan jari-jemari diserata wajah Haura yang berlapik purdah. Jarinya terhenti di permukaan dahi mulus Haura sebelum menjentik perlahan.

Haura mendengus. Rimas. Nak jalan pun tak stabil bila Raees utuh memaut bahunya. Mamat ini kalau tak mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan hidup orang, tak sah. Kalau tak mengganggu orang, proses pembuangan najisnya akan terbantut agaknya.

Tanpa menyegan menyilu menyerba menyesalah, Haura mengepal jari-jemari lalu melepaskan kedendamannya pada lengan dan perut abang tersayang.

'Pap!'

'Buk!'

"Aduh duh duh!" Raees mengusap-usap tempat kekejaman Haura tadi. Berkerut-kerut kening lebatnya menahan perit. Kuat betul tangan budak kecik ni!

"Okay okay. Abang minta maaf!"

Haura masih tak puas hati, siapa suruh berani-beraninya cari pasal dengan dia waktu tengah bendera indonesia ni? Tinggi dia mengangkat tangan kananya. Tujuan sasaran kedua adalah lengan kiri Raees.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now