• 16 | BYD •

224 26 2
                                    

"Hayden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hayden.. Hayden!" jerit Hadeeya. Menyeru anak kembarnya.

Majlis kesyukuran yang berlangsung daripada pagi tadi sudahpun selesai.

Selepas sahaja selesai menyimpan makanan lebihan yang tidak habis, dia dan suami masuk kedalam rumah dan berniat untuk berehat.

Penat sungguh mengemas meja-meja dan makanan tadi. Penat tetapi dalam masa yang sama dia tetap berasa gembira. Gembira kerana dapat berjumpa ramai orang dan meraikan anak dara kesayangan.

Suami tercinta dibiarkan masuk ke bilik dan berehat dahulu. Dia pula saja-saja mahu melihat apa yang dibuat oleh anak-anak teruna nya. Daripada tadi lagi menghilang. Entah kemana pergi. Bukan nak menolong untuk mengemas. Naib ada anak buah catering yang sudi membantu.

"Iyaa bonda! Kami di belakang rumah ni." Raees menyahut. Dikuatkan suaranya bagi mengharapkan supaya bonda dapat mendengar sahutannya.

Tepat sekali. Hadeeya mendengar sahutan daripada anaknya yang tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Lantas dia mempercepatkan langkah lalu taman bunga miliknya yang berada di sebalik pintu kaca dituju.

Pintu kaca dibuka. Terpampanglah dua orang anak lelakinya yang sedang melepak di atas karpet.

Maka, dua susuk tubuh yang sedang berbual itu dituju.

"Hui. Penat bonda cari kamu berdua tahu tak? Kat sini je rupanya." Hadeeya melepaskan keluhannya. Lenguh juga kakinya. Iyalah, daripada tadi lagi dia sudah memusing-musing satu rumah besarnya semata-mata untuk mencari dua ketul anak bujangnya ini.

"Hehe iyalah bonda, kitorang kat sini je daripada tadi..tak ada pergi kemana-mana pun." balas Raees.

Raeed lantas bangun dari duduk lalu pergi ke arah bonda. Kerusi yang berada ditepi dinding itu dicapainya. Lalu dia mempersilakan bonda untuk duduk.

"Ada apa bonda tiba-tiba cari kitorang ni? Miss me? Haha." Raeed mengambil tempat duduk di hadapan bonda. Tersenyum senget bibir kemerahannya apabila menuturkan kata 'miss me'. Sengaja.

"Awh Raeed bonda. I always miss you lah ma boy." Hadeeya membalas.

Dia juga tidak lepas daripada berkata manis. Sebenarnya, itu tandanya berterima kasih kepada Raeed kerana begitu baik hati menyediakan kerusi untuk dia duduk. Macam tahu-tahu sahaja bahawa dia agak kepenatan.

Mereka tidak tahu, ada sepasang anak mata biru muda yang daripada tadi lagi memandang mereka dengan riak wajah tidak puas hati.

Sepasang anak mata itu asik menjeling aje daripada tadi.

Raees berdehem. "Kita tahulah kita ni siapa, tapi janganlah memperanak-tirikan kita sampai macam ni." Dia bedecit. Anak matanya pula menjeling-jeling kearah Raeed dan Hadeeya. Cemburu!

Raeed tersengih puas hati. Bangga.

Bonda pula hanya diam. Tidak membalas kata daripada Raees tadi.

Tidak dihiraunya pun.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now