• 8 | 𝐁𝐘𝐃 •

300 27 11
                                    

📍MAJLIS BERSURAI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📍MAJLIS BERSURAI..

Riuh rendah di ruangan dewan besar ini mula menyapa sistem pendengarannya. Selepas sahaja berakhir majlis ihtifal dan majlis khatam Al-Quran tadi, maka seluruh golongan tetamu yang berada di dalam dewan ini juga sudah bersiap sedia untuk keluar dan pulang ke rumah masing-masing.

Ditengah-tengah beratus orang yang berada di dalam dewan ini, dia terpandang kearah sepasang suami isteri muda yang sedang duduk berdua di hujung dewan.

Mereka sedang berbual mesra sambil menyuapkan aiskrim ke dalam mulut masing-masing. Yang isteri suap si suami, suami pula suap si isteri. Dan berulang-ulanglah acara suap menyuap itu sehingga aiskrim yang ada didalam cawan itu habis, licin.

Huh.. Ini pasti pengantin baru. Sweet bona. Tiada tempat lain nak bersweet-mweet nya pun. Tepi dewan jugalah pilihan mereka.

Bilalah giliran dia pula untuk merasa ya?

"Haih.." mengeluh.

"Nuhaan!"

Terangkat kedua-dua belah bahunya tatkala disergah mama dari tepi. Nasib baik dia sempat memaut tiang besi disisinya. Kalau tidak, ada juga yang bersanding tiada sebelah kaki kerana terjatuh tangga. Eh apa pergi ke sanding pula ni?

"Subhanallah, bertuah punya anak. Punyalah panjang mama bercerita daripada tadi, kamu boleh berangan pula." lantang suara Jannah, mama Nuhaan. Dahinya juga turut berkerut. Kegeraman dengan anak bujangnya itu.

Manakan tidak, daripada tadi lagi dia sedang rancak bercerita tentang seorang gadis, tetapi anaknya itu langsung tidak memberi sebarang respon. Diam aje.

Tahu-tahu, anaknya itu sedang termenung jauh. Sudah sampai London chocoroll agaknya tadi!

"Hehe.. mana ada orang berangan ma, Haan tengah fikir tentang masa depan lah." balas Nuhaan sambil menggaru-garu dibahagian belakang leher yang tidak gatal.

Senyap. Kata maaf yang dipinta oleh Nuhaan tadi bagaikan angin yang berlalu sahaja. Mamanya langsung tidak membalas, malah memandang wajahnya pun tidak. Nuhaan dipulaukan.

Nuhaan sudah gelisah. "Mama, janganlah macam ini. Haan minta maaf okay? Haan janji tak buat dah." Nuhaan mengangkat sebelah tangan kanannya serupa mahu berikrar.

"Mama cerita lagi sekali ya? kali ini Haan betul-betul akan dengar dan fokus waktu mama cerita!" sambungnya bersama sengihan bersalah. Mengharapkan supaya mama nya itu akan lembut hati dengan senyuman dan pujukannya.

"Haihh iyalah-iyalah. Nasib baik kamu itu anak mama tahu? Kalau tak, nak aje mama lempar kasut mahal mama ini ke muka kamu yang serupa anak kucing kelaparan tu." balas Jannah bersama nada suara yang masih berang.

"Okay fine, mama cerita semula." Dalam geramnya, tetap mahu juga dia bercerita semula.

Apabila Nuhaan terdengar sahaja mamanya berkata begitu, dengan selamba nya dia terus bertindak mengambil kerusi yang berada di sebelahnya lalu duduk betul-betul berhadapan dengan Jannah bersama riak wajah yang teruja dan tidak jauh seperti seorang cucu yang tidak sabar mahu mendengar kisah daripada datuknya.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now