0.3

166 58 10
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Roti yang diuli manja sehingga empuk itu dimasukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200c. Setelah itu, butang ketuhar diputar dengan masa yang ditetapkan selama 10-15 minit.

"Terima kasih, sila datang lagi." ramah gadis bermata sepet itu berkata sambil menyerahkan plastik yang berisi roti croissant kepada pelanggan.

Sebaik sahaja pelanggan itu keluar setelah membayar, Yeji kembali ke dapur bagi melihat rakan sekerjanya.

"Pukul berapa dah sekarang?" soal yang lebih tua itu sambil mencekak pinggang.

Lia yang sedang menghias kek dan roti untuk dijual terus memandang sekilas jam tangannya sebelum menjawab soalan Yeji.

"Pukul dua dah ni. Dua orang tu tak balik lagi ke?"

"On the way lah kot." jawab Ryujin yang dari tadi bermain dengan telefon pintarnya, sambil-sambil menunggu roti di dalam ketuhar siap dibakar.

Hitzy Bakery biasanya tidak dipenuhi oleh pelanggan walaupun bakeri itu hampir terkenal sebagai kedai roti dan kek paling sedap di Seoul.

Ini semua adalah rancangan dari Yeji sendiri yang berangan-angan mahu membuka bakeri memandangkan dia suka membuat dan menghias roti.

Bukan setakat hiasan yang cantik, malah rasanya yang lazat turut menarik perhatian pelanggan. Mereka memang berbakat dalam bidang membuat roti dan kek.

Ding dong! Loceng bakeri berbunyi menandakan ada pelanggan yang akan datang membeli. Yeji, Lia dan Ryujin memandang sesama sendiri sebelum menoleh ke langsir pintu dapur.

"Yow, im back!" suara milik seorang lelaki menusuk masuk ke gegendang telinga tiga gadis itu.

"Aduh, datang dah mamat gila tu." bisik Ryujin dengan menggulingkan biji matanya tatkala terdengar suara yang amat dia kenali.

Gadis bermarga Shin itu keluar dan berdiri di hadapan meja kaunter. Mata bertemu mata dengan pelanggan yang dianggap mamat gila itu. Ryujin memeluk tubuh sendiri lalu mengeluh panjang.

"Kau jangan cakap dengan aku yang kau nak kek free lagi, Beomgyu."

Lelaki yang diberi nama Choi Beomgyu itu tersengih lebar. "Macam biasa lah, awak." ujarnya dengan nada gedik.

Setaraf gadis pick me, ew.

Ringan saja tangan Ryujin ingin melayangkan penampar ke wajah sepupunya yang sangat tidak kacak itu. Namun sebagai penjual bakeri yang berdisiplin, dia tetap harus beradab dengan pelanggan.

Walaupun pelanggan agak berperangai seperti minta makan penyapu. Beomgyu lah contohnya.

"Apahal buat muka macam tu? Jemu dah ke tengok muka kacak aku ni?" lagak Beomgyu sambil menaikkan sebelah keningnya. Kedua-dua belah siku digunakan untuk menongkat dirinya atas meja kaunter agar tidak jatuh. Macam kedai dia pula, ugh.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now