3.3

53 24 2
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Jam digital kereta itu jelas menunjukkan bahawa hari sudah masuk tengah malam. Hujan lebat pula masih tidak mahu berhenti.

Jalan yang Hueningkai lalu untuk pulang ke rumah pun sunyi saja. Tiada kereta lalu-lalang melainkan pokok dan hutan saja di keliling jalan, ditemani dengan cahaya lampu jalan.

Sengaja dia guna jalan yang jauh dan jarang orang lalu kerana di jalan utama selalu sibuk. Dengan lampu isyarat lagi, dengan bunyi hon sana sini.

Niat lelaki itu sebenarnya mahu menemani Taehyun di hospital sehingga pagi esok, tapi dihalau pula.

Hueningkai tidak ambil hati tentang itu. Dia tahu yang Taehyun perlukan masa untuk bersendirian, merenungi pelbagai masalah yang menimpa dirinya sekarang.

Sedang memandu pulang, secara tiba-tiba fikirannya mengenangkan Bahiyyih yang kini keseorangan di rumah, bersama jasad Lea yang sudah tidak bernyawa.

Hueningkai bimbang. Dia takut jika Neo menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa yang seterusnya selepas Lea.

Akhirnya, lelaki tinggi itu tekad mahu pulang ke rumahnya sendiri bagi melihat keadaan si adik di sana.

Walaupun dia tahu dia akan melanggar peraturan Neo yang kedua.




Brak!




Kereta terhenti serta-merta. Jantung Hueningkai rasa mahu melompat keluar saja.

Adakah dia baru saja melanggar sesuatu?

Pantas dia keluar dari kereta dan melihat apa yang dia langgar sebentar tadi.

"Yeonjun??"

Alangkah terkejutnya melihat susuk tubuh seseorang yang amat dikenali sudah terbaring lemah di atas jalan tar akibat dilanggar kereta.

Untung Hueningkai bukan jenis yang bawa kereta terburu-buru, jadi dia yakin Yeonjun tidak mengalami cedera yang berat kerana dilanggar.

Segera Hueningkai mendapatkan Yeonjun, biarkan bajunya dibasahi hujan.

"Kenapa dengan kau ni?? Comot betul! Kau ke mana, Yeonjun hah??" laju lengan lembik Yeonjun diangkat ke atas bahu dan membantunya berdiri.

Jelas kedengaran suara rintihan sakit dari Yeonjun, memberitahu betapa sakit dan lemahnya dia sekarang ini. Nafas pun tidak cukup, seakan-akan dia tadi sedang berlari jauh mencari jalan keluar dari hutan.

Hueningkai terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kereta dan membaringkan dia di sit penumpang belakang.

Dengan itu, hasrat Hueningkai mahu melihat Bahiyyih terbatal begitu saja.





· · ·





"Kau cedera kat mana-mana, Yeonjun. Leher kau pun ada bekas kena cekik. Apa dah jadi sebenarnya?"

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now