3.4

70 27 13
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Perlahan Soobin membuka kelopak matanya. Penglihatan lelaki itu agak kabur seketika, namun selang beberapa saat, ia kembali seperti sediakala.

Kepala masih pening dan berpinar-pinar. Walau bagaimanapun, dia tetap bangkit dan cuba duduk dari posisi baringnya.

Ingatannya juga masih lagi samar-samar, dia lupa apa yang terjadi semalam. Apa yang dia ingat adalah, dia cuba membawa Beomgyu pulang tetapi tidak berhasil.

Satu badan terasa sangat lenguh. Mata terkenyit-kenyit menahan sakit yang dirasai saat ini.

Dan Soobin sedar, dia tidak tahu di mana dia sekarang. Mata meliar melihat kawasan sekeliling.

Pelbagai fail dan buku tersusun sedikit bersepah di atas rak, bahkan sampai ke lantai teraburnya. Bukan itu saja, dia juga sedang duduk di atas sofa hitam yang sudah pasti bukan rumah mereka berlima.

Tempat apa ini?

"Sedar pun kau. Minum air ni dulu, biar otak tu segar sikit."

Suara seseorang membuatkan Soobin terkejut bukan main. Seorang lelaki yang tidak dikenali menghampirinya dengan segelas air kosong di tangan.

Akibat panik, Soobin mencapai garfu yang berada di atas meja dan dihala ke wajah lelaki misteri itu.

"J-Jangan dekat! Kalau tak, aku bunuh!" ujar Soobin dengan nada meninggi.

Masih trauma dengan kejadian semalam dimana dia didera teruk oleh Jaemin dan konconya.

Lelaki misteri itu kekal tenang. Dia meletakkan air kosong itu di atas meja dan melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Soobin.

"Wowo, letak garfu tu, bro. Kita bincang slow-slow, one by one." pujuknya sambil menguntum senyuman manis.

Naluri hati Soobin jelas mengatakan bahawa lelaki itu berniat baik. Tapi, dia masih curiga jika lelaki itu sengaja membawanya ke tempat aneh ini dan merancang untuk membunuh Soobin di situ juga.

"C'mon, aku tak buat apa-apa pun. See? Aku mana bawa senjata. Pisau pun aku takde." katanya lagi, meyakinkan Soobin bahawa dia bukan seperti yang difikirkan.

Biarpun gentar, Soobin cuba meletakkan garfu di tangannya perlahan di tempatnya semula. Kemudian, dia menyelesakan kedudukannya agar mudah berbicara dengan lelaki tersebut.

"Terima kasih sebab beri kerjasama. Sebelum tu, aku Lee Heeseung, anak bos besar kat bar ni dan sekarang kau berada di pejabat aku. Jangan risau, hanya kau dan aku kat sini, no one will hear us here."

Heeseung menghulurkan tangan kanannya di hadapan Soobin yang duduk di atas sofa yang bertentangan dengannya.

Tidak menunggu lama, Soobin terus berjabat tangan dengan Heeseung sambil tersenyum kekok.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now