4.1 : New Life I

66 20 3
                                    

Sedia terhidang beberapa biji pau kacang merah serta teh panas di atas meja bulat. Ditemani juga dengan dua orang inspektor, Jimin dan Taehyung.

Keberadaan dua jejaka itu ialah di salah satu bilik rehat yang sememangnya ada di dalam balai polis setelah mendapat arahan daripada Jungkook untuk duduk di sana sementara waktu.

Sejak tamat peperangan antara anggota polis dengan Neo, kini jelaslah hanya dua orang yang telah berjaya bertahan hidup.

Mereka; Choi Soobin dan Kang Taehyun.

Yeonjun? Tiada khabar. Sebaik saja pihak polis yang datang bersama Taehyung tadi menangkap Beomgyu, Yeonjun terus hilang tanpa sesiapapun sedar.

Oh, mengenai kaki Taehyun, Jungkook sudah membelikan kerusi roda untuknya bagi memudahkan aktiviti harian daripada menggunakan tongkat terus.

Jungkook pula masih lagi terlantar di katil hospital dan tidak dapat bergerak. Pehanya baru sahaja dijahit kemas setelah ditusuk dengan pisau milik Hueningkai awal tadi. Mungkin luka itu memerlukan masa yang agak lama untuk dia sembuh.

Tapi tak mengapa, Jungkook baik-baik saja.

Jimin yang sejak tadi berdiri di samping Taehyung menyentuh bahu kanan anak Kim perlahan, memberi isyarat agar lelaki itu menceritakan hal yang sebenar.

"Aku Kim Taehyung, abang kandung Kim Beomgyu. Malangnya, sejak Beomgyu tukar marga dia menjadi Choi, aku kehilangan satu-satunya adik yang sepatutnya menjadi tanggungjawab untuk aku jaga."  Taehyung memulakan bicaranya dan melepaskan keluhan berat.

"Kenapa dia tukar marga dia?" Soobin bertanya, ingin tahu lebih lanjut tentang identiti sebenar Beomgyu.

"Dia nak balas dendam terhadap Yeonjun dengan menyamar menjadi orang lain. Yeonjun dah buat salah besar iaitu dia dah bunuh parents kami beberapa tahun lalu.

Aku dah lama relakan mereka pergi, aku terima kenyataan yang mereka dah takde. Lagipun, parents kami memang bersalah sebab memburu binatang demi duit yang berjuta.

Beomgyu. Dia je yang masih enggan bagi kerjasama dan pada akhirnya, dia buat keputusan di luar jangkaan aku sendiri. Dia sanggup tukar marga sebab taknak orang cari dia, dan nafsu dia terlalu besar untuk bunuh Yeonjun.

Tapi, dia gagal. Dia dah ditangkap dan... Yeonjun menghilangkan diri. Maaf." lelaki bersuara dalam itu menundukkan kepala, rasa bersalah sudah mula menguasai diri kerana tidak menjumpai jejak Yeonjun.

Soobin dan Taehyun terangguk-angguk mendengarnya. Jadi maknanya, Beomgyu tidak sakit ataupun berjiwa psikopat. Hanya dendam yang telah mengaburi matanya untuk terus memburu werewolf tersebut, alias Choi Yeonjun.

"Macam mana dengan Hueningkai? Apa pula kaitan Beomgyu, dia dengan Neo?" Taehyun pula mewakili diri untuk bertanya. Dari tadi lagi soalan itu bermain di kotak fikirannya.

Mendengar soalan itu, Taehyung menggigit bibir bawahnya sebelum menjawab,

"Kai Kamal Huening. Adik beradik Huening tu adik beradik angkat kami. Parents kami dengan parents diorang berkawan baik dah lama. Selepas parents diorang meninggal, tiga beradik tu pun dah jadi tanggungjawab aku selain Beomgyu seorang."

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now