2.1

81 34 7
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

"Kalau takde apa-apa soalan, boleh mulakan eksperimen kita pada hari ni. Tapi hati-hati ya semasa gunakan perkakas dan bahan eksperimen. Bahan yang boleh mencederakan diri jangan buat main."

Sir Jung, guru mata pelajaran Kimia mula memantau pelajar-pelajarnya bereksperimen menggunakan bahan yang disediakan. Semuanya sudah berjubah seakan profesor serta bersarung tangan.

Satu meja, empat orang. Sekarang, fokusnya kepada meja yang diduduki Hueningkai saat ini.

Sepatutnya dia harus membantu ahli kumpulannya menjalankan eksperimen itu. Tapi, ada benda yang membuatkan dia termenung sehingga mahu tembus dinding makmal.

Dia masih teringat akan kematian dua sahabat Taehyun termasuk Jake, pelajar kelas ketiga, berlaku di hadapan matanya sendiri tempoh hari.

Bukan hanya tragedi kematian. Bahkan mesej Neo akhir-akhir ini juga semakin menganggu fikirannya.

Kata Neo, sesiapapun yang cuba mencederakan ahli permainannya, mereka akan dibunuh.

Adakah niat Neo sebenarnya mahu membunuh semua orang yang tidak bersalah, seperti yang Taehyun katakan?

Widih, gila banget.

"Huening? Hueningkai, kau termenung apa?" tegur Jisung yang dari tadi sedar akan ketiadaan Hueningkai dalam kerja berkumpulan.

Lamunan lelaki berkaca mata itu mati seketika. Dia tersenyum kekok memandang Jisung.

"T-Tak, takde apa."

"Kau nampak penat je. Kau tak cukup tidur ke semalam?" Jisung menyoal lagi.

Hueningkai tertawa. "Taklah, awal aku tidur semalam. Mungkin aku banyak fikir kot." jawabnya.

Jisung mengangguk. Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan tangan seseorang menyerahkan tabung uji yang mengandungi cecair asid kepadanya.

"Sung, tuangkan dalam bikar tu. Tak berani lah aku." Chaehyun mencebik.

Kening Jisung mula bertaut seribu. Dia menolak tabung uji itu kembali pada tuannya.

"Kau lah tuang. Apasal bagi aku?"

"Banyak cakap pula. Tuang je lah."

"Lily kan ada. Kenapa tak suruh dia je?" jarinya menunding Lily yang berada di samping Chaehyun dari tadi.

"Kau kan lelaki. Kau lah tuang." Lily mengambil asid itu dari tangan Chaehyun dan kembali menyerahkannya pada Jisung.

Jisung bengang. Asid itu bertukar-tukar tangan dan bermulalah berperang mulut antara mereka bertiga.

Sehinggalah cairan itu tertumpah sehingga terkena pada lengan Hueningkai yang sejak tadi mengelamun.

"Agh!" teriak Hueningkai, pedih dan sakit.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now