2.0

93 34 43
                                    

new banner !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

new banner !

· · ·

Pintu bilik mandi dibuka dari dalam dan Soobin menapak keluar dengan tuala di atas kepala. Rambut yang basah dia lap sehingga kering. Aroma wangian sabun mandi mula menyebar di sekitar bilik tidurnya.

Entah apa yang merasuk Soobin sehinggakan tengah malam pun mahu mandi lagi, walhal rakan serumah yang lain sudah seronok dibuai mimpi.

Yang Soobin pakai sekarang ini hanya t-shirt putih dan seluar pendek paras lutut saja. Mungkin dia panas malam-malam begini.

Soobin memandang sekilas ke arah Hueningkai yang sudah tidur di katilnya sendiri dengan plushie kesayangan dalam pelukan.

Pasti bukan satu saja yang dia bawa, haha!

Telefon yang berada di atas katil Soobin capai lalu melabuhkan punggung di atasnya. Tanpa dia sedar, semasa mandi tadi telah ada mesej yang masuk.





Neo :
Mesti korang tak sabar nak
tahu peraturan ketiga, kan?

Senang je.

Peraturan ketiga ialah, ceritakan
kisah hidup korang sesama
sendiri at least sorang wajib
dengar.

Orang yang menjadi pendengar
cerita korang boleh jadi saksi
sama ada cerita tu palsu atau
bukan.

Semoga berjaya.





Oh dari Neo, tentang peraturan ketiga.

Soobin menggaru belakang tengkuk. Belahan bibirnya perlahan membaca mesej tersebut.

Ada ke orang yang nak memalsukan kisah hidup mereka sendiri?

Hm, mungkin ada.

Klak! Pintu bilik Soobin dibuka sedikit dan terpancarlah wajah insan yang kacak lagikan kacak itu. Soobin mengangkat muka bagi melihat siapakah gerangan tersebut.

"Yeonjun? Kau tak tidur lagi?"

Yeonjun mengeleng lalu melangkah masuk ke dalam bilik Soobin. Dia kini berdiri betul-betul di hadapan tuan bilik sambil menyilang kedua lengan di dada.

"Kau dah dapat mesej Neo?"

Soobin mengangguk lalu kembali menatap skrin telefonnya. Lebih tepat lagi, menatap setiap mesej yang dihantar Neo.

Nafas panjang Yeonjun tarik sebelum menghembusnya semula. Yela, kalau tak hembus nanti komen hero tak boleh mati awal pula, ha.

Tibe  ಠ⁠∀⁠ಠ.

"Dia suruh kita bercerita at least seorang dari kita berlima jadi saksi dan pendengar. So kalau kau nak cerita pasal diri kau, cari je aku."

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now