3.8

48 21 7
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Jungkook menekan pedal minyak supaya keretanya bergerak lebih laju menuju ke lokasi Neo saat ini, diikuti dengan tiga lagi buah kereta polis di belakang.

Mungkin ini merupakan tugas yang terakhir mereka sebelum menutup terus kes ini apabila Neo sudah berada di tangan polis.

Mengikut firasat Jungkook, mungkin juga Neo sudah bersedia untuk menunjukkan dirinya yang sebenar setelah lama dia menyembunyikan diri.

Tapi kenapa? Apa tujuan Neo sebenarnya?

Pasti demi dendam yang terpendam lama.

"Neo ada hantar mesej kat kau tak, Tae?" soal Jungkook kepada lelaki yang duduk termenung ke arah tingkap di sebelahnya.

Taehyun memandang skrin telefonnya sekilas, "Takde. Dari tadi dia cuma hantar voice messages je." jawabnya.

"Voice messages? Apa dia cakap?"

"Bukan suara dia yang saya dengar. Tapi, suara Hueningkai... menjerit." suara lelaki Kang itu kedengaran bergetar dan takut.

Neo menghantar lebih kurang empat mesej yang berbentuk pesanan suara kepada Taehyun. Dan kesemuanya hanya terdengar jeritan Hueningkai yang sedang kesakitan dan menangis saja. Taehyun jadi tidak berani mahu dengar lagi.

Pelbagai sangkaan bermain di fikiran Taehyun mengenai Hueningkai. Jika dia terlambat menyelamatkan sang sahabat, tentu hanya jasad Hueningkai saja yang dia sempat lihat nanti.




Tut.. tut.. tut...




Telefon Taehyun bergetar menarik perhatian dua penghuni kereta mewah milik Jungkook.

Tatkala Taehyun membaca nama yang tertera di skrin itu, pantas dia menjawab panggilan tersebut.




"Taehyun! Kau okey? Kau kat mana? Aku cari kau kat hospital, tapi nurse kata kau keluar. Siapa dengan kau sekarang ni?"




Taehyun menyandarkan kepalanya di kepala sit yang dia duduki. Lega apabila Soobin baik-baik saja.

"Aku okey. Aku sekarang dengan abang aku ni. Hueningkai kena culik, Bin. Tu yang aku cepat-cepat keluar." jawab Taehyun, cuba bertenang.

Kalau mahu kata abang ipar, Jungkook belum rasmi menjadi suami Seulgi sebelum Seulgi meninggal.

Abang pun sudah cukup, pandai-pandai Taehyun jelaskan tentang hal itu pada Soobin nanti.




"Kena culik?! Siapa yang culik dia?!" panik Soobin bertanya melalui talian.




"Neo. Dia culik Hueningkai. Tapi, kau jangan risau pasal aku dan dia. Polis ada dengan kami. Oh Bin, kau kat mana?" giliran Taehyun bertanya soal keberadaan Soobin sekarang.




[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now