4.2 : New Life II

58 20 3
                                    

"Banduan 313, ada orang nak jumpa."

Beomgyu duduk di bucu ruangan penjara sambil memeluk lutut sendiri. Giginya liat menggigit kuku di jari jemarinya sampai jadi pendek.

Tiga hari berturut-turut Beomgyu dipanggil kerana ada yang ingin bertemu dengannya. Tapi, dia enggan. Setiap kali dipanggil oleh pegawai-pegawai polis yang menjaga kawasan penjara, Beomgyu sikit pun tidak menjawab, bahkan bunyi ak uk pun tiada.

"Banduan 313, ada orang nak jumpa kau." sekali lagi pegawai itu mengulangi ayatnya.

Beomgyu mengeleng. Tiada reaksi wajah yang dia tunjukkan sekarang. Kosong.

"Beomgyu, kau dah tak banyak masa. Ini je peluang terakhir untuk kau jumpa dengan kawan-kawan kau. Tolong beri kerjasama dengan baik." desak pegawai itu.

Banduan berbaju oren itu hanya melempar jelingan kepada pegawai polis yang sedang membuka kunci pagar penjaranya.

Dia tiada pilihan lain. Terpaksa dia bergerak juga. Serik juga dipaksa berkali-kali.






· · ·






Kini dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan cermin kaca tembus pandang. Dia menatap kosong ke arah lelaki yang duduk berhadapan dengannya.

Taehyun? Apa dia buat di sini? Sepatutnya pelawat tidak lagi dibenarkan untuk masuk kawasan penjara kerana waktu melawat sudah tamat sejak jam 6 petang tadi.

Oh, mungkin Taehyun berkawan dengan ketua polis, dia diberi kelonggaran.

Lagipun dia bukan datang seorang. Eunwoo ada, menemaninya dan berdiri sedikit jauh dari dua remaja itu. Memberi peluang untuk mereka berbicara buat kali terakhir.

Ganggang telefon mereka capai serentak lalu diletakkan di telinga. Taehyun sedaya upaya cuba mengukir senyuman walaupun masih ada rasa gementar.

"Lama tak jumpa. Kau sihat?" lelaki Kang itu memulakan bicaranya.

Tiada jawapan. Beomgyu kekal diam.

"Dah makan?"

Masih tiada jawapan.

"Macam mana hari kau? Okey?"

Pun tiada jawapan juga.

Taehyun mengalah. Nampaknya, dia harus straight to the point sahaja. Lihat dari wajah kosong Beomgyu itu langsung tidak ada minat ingin berbual dengannya.

"Aku taknak bazir masa tapi aku nak ucap terima kasih pada kau."

Perkataan terima kasih itu membuatkan Beomgyu tersentak. Refleks riak wajahnya bertukar. Daripada serius, menjadi keliru.

"Untuk apa kau terima kasih pada aku? Aku cuma bawa sial untuk korang semua." ujar Beomgyu setelah lama berdiam diri.

Taehyun mengukir senyuman. Matanya masih lagi memandang Beomgyu di sebalik cermin kaca tembus pandang itu.

"Sebab jadi sebahagian dari keluarga kami. Kami bersyukur sebab kau muncul untuk menjadi pelengkap keluarga kita walaupun hanya sementara. Oh, and thank you juga sebab belanja aku macaron hari tu. Sedap gila."

Meletus tawa Beomgyu mendengar tentang macaron yang pernah dia belanja ketika mereka dan Soobin singgah di Hitzy Bakery.

"Ingat lagi kau ya pasal macaron tu?" nada suara Beomgyu kini berbeza dari yang tadi. Sepertinya dia sudah berjinak ingin berbual kosong dengan Taehyun.

Taehyun mengangguk sekali. "Aku harap masa kita ni boleh dipanjangkan lagi. Boleh kau belanja aku macaron banyak-banyak."

"Itu pun kalau aku ada duit."

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now