3.6

70 26 8
                                    

warning !! 1800+ words ahead

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

warning !!
1800+ words ahead.

· · ·

Gelisah. Sebaik saja Taehyun sedar dari lenanya pagi ini, rasa tidak sedap hati sudah mula menganggu entah mengapa.

Tertanya-tanya dia dibuatnya, adakah empat sahabatnya sedang baik-baik saja? Mengapa mereka tidak datang menjenguk Taehyun di hospital?

Selang beberapa saat, lelaki itu dikejutkan dengan panggilan telefon dari seseorang. Pantas dia menyambar telefon miliknya yang terletak di atas meja.

Tatkala nama itu tertera di skrin, dengan laju Taehyun menekan punat hijau.

"Helo?"




"T-Taehyun! Tolong, tsk! Aku t-takut!"




Tangisan Hueningkai kedengaran di talian membuatkan hati Taehyun berasa semakin tidak sedap.

"Hueningkai, kau kat mana?? Apa jadi??"




"A-Aku tak tahu. Mata aku kena tutup, tangan aku kena i-ikat, tsk! Tae, tolong aku!"




Dia tidak berhenti berteriak meminta tolong dengan suara yang bergetar. Esakan dan tangisan juga terdengar jelas di telinga sang sahabat.

Taehyun buntu, tidak tahu mahu lakukan apa. Kalaulah dia masih ada sebelah kaki lagi, pasti dia akan terus keluar mencari Hueningkai di luar sana.




"Kalau kau nak sahabat baik kau ni selamat, datang ke lokasi yang aku beri. Jangan lupa bawa teman, takde lah mati sorang-sorang nanti, haha!"




Suara Neo kedengaran dari dalam talian, itu bermakna Hueningkai sedang berada di tangannya sekarang.

Panggilan terputus tanpa sempat Taehyun berkata apapun. Telefon itu digenggam kuat, kemarahannya kian membuak tatkala rancangan Neo semakin melampau dan menggila.

Benar kata hati, keadaan memang akan huru-hara dan kematian bakal menjemput mereka berlima sebentar lagi. Nampaknya ancaman Neo bukan main-main.

"Apa aku nak buat ni?" soal Taehyun pada diri sendiri.

Masih menjadi pertanyaan, dimana Soobin, Yeonjun dan Beomgyu? Adakah mereka tahu bahawa salah seorang sahabat mereka telah diculik oleh si psikopat gila?

Krak! Pintu wad Taehyun diterjah oleh beberapa orang yang berpakaian uniform polis, serba lengkap.

"Jungkook hyung!"

Pemilik nama lekas menghampiri Taehyun dan memeluknya dengan erat sekali. Dia dapat merasakan bahawa tubuh anak Kang itu terketar-ketar, tentu dia sedang dalam ketakutan.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now