0.9

92 42 2
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Setibanya di Starness Coffee, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang amat Yeji kenal sedang menghirup Americano yang dibuat oleh pemilik kafe tersebut, Choi Hyunsuk.

"Fuh, memang terbaik lah Americano yang kau buat ni, Suk. Sedap dia tak boleh nak kata, serius aku cakap." puji Yeonjun kepada orang yang dari tadi berdiri di sebelahnya.

Mendengar pujian yang ikhlas itu, hidung Hyunsuk kembang kempis kerana bangga dengan diri sendiri haha!

"Oh yeke? Terima kasih lah. Ni kali pertama aku dengar pujian yang sangat-sangat ikhlas dari kau. Selama ni kau puji aku main-main, taknak aku terasa lah katakan, huh."

"Lah? Puji salah, tak puji salah. Apahal?"

"Tak cakap pun salah. Ha tu, awek kau dah sampai. Aku cau dulu."

Hyunsuk terus berlalu pergi sebaik sahaja ternampak kelibat Yeji sedang menuju ke arah meja yang Yeonjun duduk sekarang.

Yeonjun menoleh ke belakang di mana dia membelakangi pintu masuk kafe dan tersenyum manis ke arah Yeji yang kini berada di hadapan mata.

"Have a sit, princess."

"Berhenti panggil aku macam tu, Yeonjun. Kita dah takde apa-apa." ujar Yeji apabila lelaki itu masih lagi memanggilnya dengan nama manja.

Padahal mereka sudah memutuskan hubungan percintaan mereka dua tahun lalu dan Yeonjun masih gemar memanggilnya dengan nama sebegitu.

"Suka hati aku lah. Btw, aku orderkan Americano ni untuk kau. Jangan risau, aku belanja."

Secawan Americano yang Yeonjun pesan awal-awal tadi Yeji pandang lama sebelum memandang Yeonjun semula. Dia masih lagi mengukir senyuman kepada gadis itu.

"Kau tak payah nak tipu aku, Jun. Kau fikir aku tak tahu ke yang kau nak aku bayar balik duit Americano ni? Huh, ambil balik." tolak Yeji tatkala dia dapat membaca air muka Yeonjun.

"Eh, mana ada. Tak baik tau tuduh. Hati aku ni suci lagi nak menipu."

"Dasar mamat."

Keadaan senyap seketika, yang memecah kesunyian sekarang hanyalah bunyi 'ketang-ketung' di dapur dan perbualan rancak pelanggan yang turut singgah Starness Coffee.

Yeji menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya semula. Mata bertentang mata dengan milik Yeonjun yang dari tadi memerhatikannya sambil menghirup kopi kegemarannya.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now