1.0

95 37 2
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·


Ding dong!


Seperti biasa. Jika loceng di pintu bakeri dibunyikan dengan kencang, maka tentu yang datang singgah itu Choi Beomgyu.

"Annyeong! Beomgyu handsome dah balik!" teriaknya tanpa rasa malu sedikit pun. Maklumlah, sudah terbiasa dengan rakan sekerja Ryujin yang turut menjadi sebahagian dari rakannya sendiri.

Yeji yang duduk di kaunter geli hati manakala Ryujin yang baru keluar dari dapur mula melempar jelingan maut pada Beomgyu.

"Memang dah takde muka orang lain ke nak masuk kedai ni? Hari-hari kena hadap muka mamat tak tahu malu macam kau. Menyampah."

"Elele jealous lah tu aku lagi comel dari dia."

"Takde maknanya. Dah, ambil kek kau dan terus balik jaga nenek."

"Ay ay, kapten!"

Ryujin terus masuk dapur bagi melanjutkan tugasnya menguli adunan kek. Manakala Beomgyu terus mencari kek kegemarannya  dan akan pulang menjaga neneknya seperti biasa.

Namun sebelum dia pulang, kelibat Yuna yang keluar mengambil barang di kaunter menarik perhatiannya. Terus Beomgyu menghampiri gadis itu dan mula bertegur.

"Eh, Yuna. Bila kau balik? Bukan ke aku yang paling awal datang sini?" soal Beomgyu hairan.

Terselit juga rasa bangga diri kerana setiap kali pulang dari sekolah, pasti Beomgyu yang akan sampai ke bakeri dulu sebelum Chaeryeong dan Yuna, haha!

Yuna mengangkat wajah bagi bertentang mata dengan lelaki di hadapannya.

"Pagi tadi saya tak sihat, asyik muntah-muntah je. Salah makan agaknya." jawapan gadis itu dibalas dengan mulut Beomgyu yang membulat tanda 'oh'.

Yuna fikir bahawa Beomgyu akan terus pulang setelah ini. Tapi, dia masih lagi berdiri di hadapan kaunter seakan-akan ingin bertanyakan sesuatu.

"Em, Yuna. Boleh aku tanya sikit tak?"

"Apa dia?" soal gadis itu semula tanda membenarkan Beomgyu melontar soalan.

Beomgyu memperbetulkan kerongkongnya sebelum bertanya.

"Kau... kenal Choi Soobin kan? Senior sekolah aku yang popular dulu?"

Serta-merta senyuman Yuna memudar dan raut wajahnya bertukar suram entah kenapa. Tapi, wajahnya itu tidak seharusnya ditunjukkan kepada Beomgyu bahawa dia sedang berasa tidak sedap sekarang.

"Kenal. Kenapa?"

"Kau dulu tergila-gilakan Soobin kan? Aku nak minta tolong sikit lah. Macam mana nak buat dia happy eh kalau dia tengah takde mood?" soal Beomgyu berniat baik.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now