2.7

81 32 40
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Pada akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Iaitu hari sukan sekolah yang diadakan di sekolah menengah Beomgyu, Taehyun dan Hueningkai.

Soobin serta tiga orang rakannya baru saja hadir dan duduk di bangku kosong yang tersedia, sambil menyaksikan pelbagai acara sukan yang akan dimainkan sebentar lagi.

"Mana Taehyun?" soal Hueningkai sambil matanya meliar sana sini, mencari di mana sahabat baiknya itu berada.

Soobin juga sama. Setelah dia jumpa, jarinya terus menunding ke arah sebuah khemah yang dipenuhi atlet yang bakal bertanding nanti.

"Itu!" tunjuknya. Hueningkai yang teruja terus berteriak memanggil Taehyun.

Taehyun yang sedang sibuk menampal nama dan nombor pada baju dengan bantuan rakan satu khemah mendengar namanya diseru. Dia terus melambaikan tangannya ke arah mereka berempat.

"Fighting, Taehyun-ah!" Soobin dan Hueningkai terkinja-kinja, sudah seperti kaum perempuan yang dinotis crush pula wkwk.

Yeonjun sekadar menjeling dari jauh. Manakala Beomgyu tidak mahu ambil kisah tentang hal itu.

Beomgyu masih marahkan Taehyun kerana menuduhnya bukan-bukan minggu lepas. Yeonjun pula masih merasa curiga dengan Taehyun, dia berfikir bahawa Taehyun mungkin berkait rapat dengan Neo.

Misteri betul.

"Aku lapar lah. Jom beli makanan dulu. Aku tengok banyak makanan yang diorang jual tadi. Nampak sedap je." ajak Beomgyu sambil mengusap perut sendiri.

"Kita baru je sarapan tadi, kan? Kau tu berapa kali tambah dah. No, tak boleh." kata Yeonjun menatap Beomgyu, tidak puas hati.

Kata hati, Beomgyu marahkan Taehyun. Tapi kata perut, makanan yang dimasak Taehyun memang tiada tandingan. Memang tiptop, haha!

"Alah, boleh lah. Perut aku dah nyanyi lagu Mic Drop ni." pintanya tanpa henti sambil memuncung mulut di hadapan wajah Yeonjun.

Alhasil, mukanya ditolak kasar dengan tapak tangan besar milik Yeonjun. Kisah apa dia.

"Kau dah lupa ke apa yang kita bincang hari tu? Kita kena stay berempat macam ni sampailah acara tamat. So, tunggu lah lima jam lagi." ujar Soobin.

Terlopong teruk mulut Beomgyu mendengar itu. Lalat pun boleh lek lek lu dalam mulut.

"Lima jam?! Mati lah aku woi kalau tak makan!"

"Lima jam je, bukan lima puluh tahun."

Beomgyu memberi side eye ke arah Yeonjun yang duduk di sebelahnya. Yeonjun sekadar membalas pandangan tajam. Haih.

"Sabar lah sekejap. Kita tunggu Taehyun habis acara, then kita pergi makan, orite?" pujuk Soobin sambil memukul-mukul peha Beomgyu.

Beomgyu hanya mampu menjerit dalam diam. Tangan Soobin sudah lah besar gedabak. Hilang kang peha nanti.




[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now