2.2

72 31 27
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Kenderaan yang lalu lalang dengan bunyi yang bising sedikit pun tidak menganggu lamunan Hueningkai.

Sengaja dia berjalan jauh ke bandar dari sekolah dan akhirnya berhenti rehat di perhentian bas berdekatan.

Semenjak kemalangan yang terjadi tadi di makmal, Hueningkai mula diserang perasaan takut dan bimbang. Lengan yang dibalut akibat terkena cairan asid tadi dia tenung lama.

"Betul ke Jisung akan mati?" fikirnya tidak putus-putus.

Kemalangan di mana Jisung tertumpahkan cairan asid di tangan Hueningkai turut dikira sebagai mencederakan orang tanpa sengaja. Dia keliru sama ada mahu percaya dengan ancaman maut Neo ataupun sebaliknya.

Selang beberapa saat, dia mengeleng laju.

"Tak. Neo mungkin sengaja nak takutkan aku dan yang lain dengan mesej mengarut dia tu. Aku takkan mudah terpedaya."

"Hueningg!"

Hueningkai kenal sangat suara itu. Terus dia menoleh dan melambai semula ke arah orang itu.

Beomgyu berlari anak menghampiri lelaki berkaca mata bulat itu, diikuti Taehyun yang turut ada bersama Beomgyu tadi.

"Korang buat apa kat sini? Jauh kot dari rumah."

"Patutnya kitorang yang tanya soalan tu. Kau buat apa kat sini hah? Setahu aku, rumah kita tak lalu jalan ni." soal Beomgyu semula.

Hueningkai tidak menjawab. Kehadiran dua rakan serumahnya itu ibarat angin lalu. Lelaki itu seakan-akan mahukan masa seorang diri.

"Kenapa dengan lengan kau tu? Kau cedera ke?" Taehyun yang perasan akan balutan putih di lengan Hueningkai terus menyentuhnya bagi melihat dengan jelas.

Pantas Hueningkai menarik lengannya semula dan membuang muka.

"Lengan aku kena asid."

"Macam mana boleh kena asid? Kau main-main ke dengan bahan menghakis macam tu?"

"Bukan salah aku. Dah tertumpah, nak buat macam mana?" balas Hueningkai semula sambil memperbetulkan kedudukan cermin matanya yang semakin melorot.

Tatkala dia kembali memandang ke jalan raya yang banyak kereta laju, dia perasan ada seseorang sedang melambai-lambai ke arahnya dengan senyuman lebar.

Hueningkai menyepetkan matanya, melihat siapa di seberang jalan itu.

Oh, Jisung rupanya.

Dia tidak apa-apa? Neo masih belum bertindak lagi kah?

Apapun, hembusan nafas lega Hueningkai lepaskan. Syukur lah Jisung selamat. Dia fikir Jisung sudah... mati di tangan Neo.

Yalah, Neo kan laju saja buat kerja. Dia ada di mana-mana demi memerhatikan gerak-geri ahli permainannya.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now