0.7

98 45 11
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Kling kling...

Bunyi sudu besi yang berlaga dengan cawan kaca memecah kesunyian dapur. Puan Choi mengacau air yang telah dicampur dengan serbuk kopi serta susu pekat. Setelah siap, dia terus meneguknya dengan perlahan.

Anak sulungnya yang ralit menonton TV dipandang lama sebelum terbit segaris senyuman di bibir wanita separuh abad itu.

"Minhyuk-ah, bila kamu nak cari kerja? Takkan nak duduk je goyang kaki?" tegur si ibu, lembut.

Lee Minhyuk yang duduk membelakangi kawasan dapur beberapa meter itu menoleh ke belakang, memandang Puan Choi dengan sebuah sengihan.

"Rezeki belum datang lah, eomma." jawabnya selamba sambil tangan kanan sibuk menekan punat remote TV bagi menukar siaran.

"Usaha lah cari rezeki tu. Nak senang, kamu kerja je dengan adik kamu tu, Soobin." cadang Puan Choi tanpa berfikir panjang.

Mendengar cadangan si ibu, Minhyuk menyandarkan kepalanya di kepala sofa tanda memikirkan keputusan yang bakal dia buat.

"Taknak. Saya tak reti lah main doktor-doktor ni." balas lelaki itu lagi, sebagai alasan dia tidak mahu bekerja haha!

Hal itu membuatkan Puan Choi mengeleng. Umur dah masuk 30-an, tapi perangai masih kebudak-budakan. Haih, anak siapalah ni.

Klak! Pintu rumah agam yang besar tiada tandingan itu dibuka oleh seseorang. Minhyuk dan Puan Choi terus menoleh ke arah pintu utama bagi melihat siapa.

"Saya dah balik." ucapnya.

"Soobin? Sekarang bukan waktu kamu kerja? Kenapa tiba-tiba balik awal?" soal Puan Choi, hairan.

Tidak pernah-pernah Soobin pulang awal sebegini. Pernah pun, pulang sejam lebih awal dari waktu yang sepatutnya dia balik kerja. Itupun bukan dia yang minta.

Boleh dikatakan hospital adalah satu-satunya tempat kegemaran Soobin kerana di sana, dia rapat dengan ramai pesakit, seperti Yang Jungwon.

Soobin yang memakai kemeja putih berserta tali leher berwarna hitam itu masuk ke dalam rumah setelah menanggalkan kasut. Wajahnya menunjukkan dia sangat sedih dan tiada aura ceria langsung dalam diri.

"Saya tak sihat sikit, eomma. Tu yang minta balik awal." jawab anak bongsunya itu. Puan Choi mengangguk.

"Duduklah dulu. Eomma ambilkan air." ibunya terus mengisi air ke dalam cawan dan ubat panadol untuk diberikan kepada Soobin yang tidak sihat itu.

Soobin bergerak ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa, bersebelahan dengan sofa yang diduduki Minhyuk.

Keluhan berat dilepaskan olehnya sendiri. Si abang yang perasan akan hal itu terus memperbetulkan kedudukannya bagi berbual dengan Soobin.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now