3.7

80 23 8
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·


Lee Minhyuk's FLASHBACK
;   3 tahun lalu


"Soobin!" Minhyuk berlari menuju ke bilik si adik dan menerjah pintunya dengan kasar.

Soobin yang sedang mengerjakan latihan sekolahnya berpaling ke belakang di mana mejanya membelakangi pintu bilik.

"Kau dah kenapa, hyung? Kena kejar hantu ke?" Soobin menayangkan wajah kelirunya. Kening turut naik sebelah.

Minhyuk merebahkan tubuhnya di atas katil Soobin dan mengeluh berat, mengeluarkan auman bak singanya.

"Habislah! Aku dilamun cinta! Aku nak kena buat apa sekarang ni, Bin??" ujarnya sambil meraup wajahnya berkali-kali. Malu apabila perasaan jatuh cinta itu mula memainkan peranan sesuai usianya.

Soobin ingin ketawa, namun dia cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang suara. Marah kang si abangnya itu.

"Confess lah. Kau tunggu apa lagi? Nanti terlepas, nangez." usik Soobin, berpura-pura menangis seolah mengejek Minhyuk.

Minhyuk berdecit kecil. Tiada masa untuk bergaduh dengan Soobin sekarang, kerana hal yang utama masa ini ialah mengenai perasaan cintanya terhadap seorang gadis yang bertuah itu.

"Kau kena tolong aku, Soobin. Ni pertama kali aku kena perasaan macam ni. Aku suka kat dia, aku cintakan dia, aku nak buat apa supaya dia boleh terima aku seadanya? Bin, tolong, Bin. Kau je yang aku ada sekarang ni."

Minhyuk bangkit dan menggoncang kuat bahu Soobin, membuatkan penulisan lelaki itu di atas kertas terconteng serta-merta.

"Eomma kan ada. Dia lagi berpengalaman dari aku. Lagipun, eomma tu perempuan. Mesti dia tahu banyak pasal perempuan. Cuba tanya dia."

"Tak boleh! Nanti kantoi lah yang aku suka seseorang."

"Lek lah. Orang yang kau suka tu bukan lelaki kan? Ke memang lelaki?"

Mendengar usikan Soobin yang masih tidak berhenti itu, Minhyuk menggenggam lengan si adik dengan kuat, membalas dendam.

"H-HYUNG! SAKIT, SITON!"

"Main-main dengan aku sangat, kan? Ambil ni!" Minhyuk bertindak menggeletek perut Soobin sehingga dua remaja itu jatuh dan terbaring di atas lantai.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now