2.6

65 29 22
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Mendengar tuduhan itu, lelaki bermarga Choi itu memandang Taehyun dengan tatapan penuh hampa.

Dia tidak sangka Taehyun akan menuduhnya dengan perkara buruk sebegitu, bahawa dia berbau minuman keras setiap kali pulang dari tempat kerja.

"G-Gila! Kau ni pahal, Taehyun?!" bentak Beomgyu keras. Walaupun begitu, Taehyun masih saja tenang bagaikan tiada apa-apa berlaku.

"Apa? Salah? Memang tengah malam, rumah ni akan bau pelik, macam kau baru lepas minum benda tak sepatutnya."

Baki tiga orang yang lain sekadar mendengar saja apa yang Taehyun hujahkan. Mahu percaya atau tidak, itu belakang cerita.

"Cepatlah, orang lain menunggu ni. Apa rahsia terbesar kau, hm?"

"Kau ada bukti ke nak tuduh aku macam tu?!" nada suara Beomgyu semakin meninggi.

Hina sangatkah bekerja di 7E sehinggakan dituduh buat perkara tidak sepatutnya setiap tengah malam?

Taehyun memandang Beomgyu atas bawah, memandangnya jijik.

"Kalau CCTV rumah ni ada hidung, dah lama aku tunjuk kat korang semua, macam mana bau aneh tiap kali dia balik. Takkan korang tak syak apa-apa? Korang kan jenis yang tidur lewat."

Soobin yang tidak tahan mendengar mereka menuduh sesama sendiri, dia turut berdiri bagi menghentikan perbalahan mulut mereka.

"Cukup! Berhenti tuduh yang bukan-bukan! Benda macam ni takkan selesaikan masalah!"

Mata Beomgyu beralih pula memandang Soobin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sengihan sinis dia tonjolkan.

"Kau? Takde benda nak share ke?" soalan Beomgyu membuatkan kening Soobin bertaut.

"Kenapa aku pula?"

"Yelah, kau senyap je dari tadi. Mesti tengah tunggu Neo datang serang kita kan?"

"AHH SUDAH!!"



Bam!



Muka meja ditepuk kuat dengan tangan lelaki berkaca mata itu sendiri sehinggakan tapak tangannya luka dan berdarah. Mungkin ada benda tajam di meja itu, dia tidak perasan.

Serta-merta mereka semua diam, tidak berani lagi berkata-kata tatkala suara itu hampir membuatkan rumah mereka runtuh.

"BERHENTILAH TUDUH MENUDUH MACAM NI! TELINGA AKU RASA NAK PECAH, TAHU TAK?! ADA OTAK, BUAT CARA ORANG BEROTAK! BUKAN BERGADUH MACAM BUDAK SEKOLAH RENDAH!"

Jika dibandingkan antara Yeonjun dengan Hueningkai, Hueningkai lebih menakutkan. Api kemarahannya lebih panas membara dari Yeonjun.

Ini adalah kali pertama mereka lihat Hueningkai begitu marah sekali.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now