3.1

59 25 0
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Setibanya Hueningkai di hadapan wad, dia menolak pintu itu dan mengorak langkah masuk ke dalam.

"Taehyun?" panggilnya perlahan.

Lampu tidak dipasang menjadikan wad gelap disebabkan sekarang ialah waktu pesakit tidur dan berehat. Tapi, kelibat pesakit masih kelihatan kerana cahaya di koridor luar menembusi tingkap kecil di pintu.

Susuk tubuh Taehyun di atas katil menarik perhatian lelaki berkaca mata itu. Sudah sedar rupanya selepas pembedahan dijalankan tadi.

Awal betul. Tidak sampai sehari pun mamat itu sudah sedar.

"Taehyun, ni aku, Hueningkai." panggil Hueningkai lagi.

Taehyun dengar dan Taehyun kenal siapa si pemilik suara itu. Namun, dia memilih untuk diam dan mengekalkan wajah datarnya sambil merenung dinding.

Hueningkai berjalan menghampiri kerusi di sebelah katil Taehyun dan melabuhkan punggung di situ.

"Maaflah tiba-tiba je datang. Soobin yang suruh aku ke hospital ni sebab dia takut jadi apa-apa kat kau."

Masih lagi begitu. Taehyun masih mengunci mulut tidak mahu bercakap, kelip mata pun tidak.

Keadaan janggal seketika. Hueningkai buntu ingin berbual mengenai topik apa bersama Taehyun memandangkan dia sudah sedar.

Bengong juga, sudah sedar tentulah mamai lagi. Boleh pula mamat ini ajak berborak.

Taehyun tengah loading tu HAHAHA.

"Hueningkai." pada akhirnya Taehyun membuka mulut juga, dengan nada datar seperti wajah kosongnya.

"Yes?"

Anak Kang diam sejenak. Daripada merenung dinding tadi, matanya perlahan jatuh memandang kaki di sebalik selimut putih.

"Kenapa... aku tak rasa kaki kiri aku? Mana kaki aku, Huening?"

Hueningkai tidak menjawab. Kepala ligat mencari cara untuk menggembirakan Taehyun tanpa menyelitkan perasaan sedih atas kehilangan kakinya itu.

"Em, kau dah makan?"

"Mana kaki kiri aku, Hueningkai? Aku tanya ni. Kaki aku mana? Kenapa aku tak rasa langsung yang kaki aku ada?" berdas-das soalan Taehyun lontar.

Dia sedikit marah kerana Hueningkai nampak seperti cuba mengelak daripada menjawab soalan-soalannya.

"Oh! Kau nak tahu sesuatu tak?—"

"Aku tanya kau ni, Kai Kamal Huening! KAKI AKU MANA?! AKU TAK RASA KAKI AKU BAWAH SELIMUT NI DARI TADI LAGI. SEKARANG NI AKU TANYA, KAKI KIRI AKU MANA?!!"

Tersentak lelaki tinggi itu dibuatnya tatkala dijerkah kasar oleh sahabatnya sendiri.

Dada Taehyun naik turun, kesabarannya yang dulu setebal kamus kini menjadi senipis helaian rambut. Bila-bila saja dia boleh mengamuk tidak tentu pasal.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now