1.6

87 37 31
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·



"Cukup semua? Sedia untuk peraturan kedua?"



Selang beberapa hari, mereka berlima kini duduk berkelompok beralaskan sofa yang selesa serta empuk. Untuk pengetahuan kalian, tempat mereka sekarang ini bukanlah rumah mereka.

Mereka semua berada di sebuah rumah banglo dua tingkat yang terletak jauh dari bandar dan sudah pastinya, jauh dari rumah asal mereka berlima.

Neo sendiri yang memberi lokasi tersebut. Entah mana dia dapat rumah yang serba lengkap segala keperluan pun mereka tidak tahu. Bahkan lebih besar dari rumah mereka, sudah hampir setaraf dengan kediaman milik Taehyun.

Banyak rumah jantan gila ni.

Soobin pada akhirnya berhasil menemukan Yeonjun, Taehyun dan Hueningkai untuk melengkapi peraturan Neo yang pertama.

Beomgyu tidak perlu cakaplah, hari-hari mereka bertemu tidak kira tempat.

Sewaktu Yeonjun datang ke hospital untuk bertemu dengan doktor psikiatri bagi meluahkan masalahnya, waktu itulah Soobin mengambil peluang untuk menjelaskan mengenai kehendak Neo yang agak karut itu.

Manakala baki lagi dua ahli, lelaki tinggi itu terserempak dengan Taehyun semasa dia menghantar Jungwon ke hospital untuk temu janjinya seperti biasa.

Hueningkai? Tentulah Soobin meminta tolong Taehyun.

Lengkap. Kelima-lima mangsa Neo itu akhirnya berkumpul di bawah bumbung yang sama.

Soobin memandang keempat-empat lelaki di hadapannya sebelum membalas pertanyaan pemilik suara garau di talian.

"Apa peraturan kedua?" soal Soobin, ragu-ragu. Tawa Neo kedengaran.



"Mudah je peraturan ni. Aku nak korang berlima duduk dalam rumah ni dan buat macam keluarga yang bahagia walaupun nyawa korang bila-bila saja aku boleh tarik."



Masing-masing memasang wajah hairan berserta tidak mengerti. Laju Hueningkai bertanya.

"Boleh terangkan peraturan ni secara lebih terperinci tak? Kami masih tak faham."


"Apa yang dimaksudkan dengan peraturan kedua aku adalah, korang harus tinggal di bawah bumbung yang sama iaitu rumah ni dan jangan pulang ke rumah sendiri, atau benda buruk akan terjadi."


"Macam mana dengan sekolah dan tempat kerja kami?" itu yang membimbangkan Beomgyu.

Dia tahu bahawa di kalangan mereka ada yang masih pelajar sekolah dan ada juga yang sudah bekerja bagi menyara diri serta keluarga.



"Sekolah, kerja dan lain-lain aku benarkan korang keluar. Tapi ingat, jangan pulang ke rumah sendiri.



Oh sebelum aku terlupa, korang semua boleh ambil keperluan korang dari rumah dan bawa ke sini dalam masa satu jam dari sekarang. Patuhi peraturan kedua dan nyawa korang selamat di tangan aku. Semoga berjaya."



[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now