2.8

89 30 44
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

"Keluarga Kang Taehyun?"

Suara seorang doktor yang baru sahaja keluar dari wad kecemasan mengejutkan tiga lelaki yang masih menunggu di situ.

"Tak, kami kawan dia." jawab Yeonjun.

Soobin terus mengejut Hueningkai yang masih tidur di pehanya sehingga tersedar. Mereka berempat terus menghampiri doktor tersebut bagi mengetahui keadaan Taehyun.

"Keluarga dia tak datang sekali ke?" soal doktor itu lagi.

Mereka memandang sesama sendiri. Yang Jungwon sajalah yang Taehyun punyai selama ini.

Walaupun sebenarnya ibu Jungwon merupakan adik kepada mendiang ibu Taehyun dan membentuk sebuah keluarga juga, tapi bagi Kang Taehyun, Jungwon saja yang dia ada.

Tapi sekarang, Jungwon sudah tiada. Bagaimanalah agaknya perasaan Taehyun bila dapat tahu sepupu kesayangannya itu sudah pergi?

"Dia takde keluarga." balas Soobin pula.

Doktor itu sekadar mengangguk faham. Dia memperbetulkan kerongkong suaranya sebelum mula berbicara dengan empat kawan Taehyun itu.

"Sebenarnya, peluru yang tembus dalam betis Taehyun ni beracun dan boleh membawa maut. Sebelah kaki dia dah lumpuh. Kemungkinan besar juga, efek racun tu boleh merebak sampai ke jantung dan otak dia." terang doktor tersebut.

Keluhan 'oh' saja yang meluncur keluar dari bibir mereka berempat, sayu.

"Apa jadi kalau efek sampai ke otak, doc?" Beomgyu melontar soalan.

Doktor mengeluh berat. "Taehyun mungkin takde harapan lagi untuk teruskan hidup."

Neo memang gila, dia benar-benar mahu mereka semua mati dengan cara paling menyiksa sekali.

Mangsa pertama ialah Taehyun. Kakinya sudah lumpuh atas perbuatan dari tangan Neo sendiri.

Kesannya, Taehyun tidak mampu lagi untuk berlari sebagai seorang atlet sekolah yang ternama. Imejnya punah sepenuhnya.

"Taehyun masih boleh selamat kan?" Hueningkai menyoal dengan rasa keluh kesah dalam diri, risau teruk.

"Berkemungkinan tak mustahil untuk dia selamat. Tapi sebelah kaki dia yang terkena racun tu kami terpaksa potong segera supaya saluran racun tu tak merebak terus dan sampai ke jantung."

Lagi teruk, sampaikan kaki harus dipotong. Taehyun bakal lebih sedih bila dia sedar nanti.

Jika minta cara yang lain pun, tiada apa yang boleh selamatkan Taehyun melainkan dia harus terima kenyataan bahawa dia akan hidup dengan sebelah kaki saja selepas ini.

Soobin dan tiga rakannya berpandangan sesama sendiri, berbincang melalui isyarat mata.

Ekspresi wajah masing-masing tampak begitu sayu sekali, seperti ingin beritahu bahawa mereka bersetuju saja jika itu yang terbaik buat sahabat mereka yang satu itu.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now