0.5

133 52 25
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Jarum jam menunjukkan pukul 5.30 petang, bermakna sudah sampai waktunya mereka habis kerja. Hitzy Bakery akhirnya ditutup dan akan beroperasi semula pada esok hari.

Lia dan Ryujin pun sudah pulang ke rumah memandangkan mereka duduk di rumah sendiri. Manakala Yeji tinggal di rumah sewa berdekatan bersama Chaeryeong dan Yuna.

Masa berputar dengan pantas. Sudah tiba waktu untuk mereka bertiga tidur. Chaeryeong dan Yuna sudah masuk ke dalam bilik setelah selesai menyiapkan barangan sekolah untuk esok.

Seusai mencuci muka dan memakai skincare harian, Yeji kembali merebahkan diri di atas katil. Tubuhnya mengeliat seraya menguap tanda mengantuk.

Seperti biasa sebelum tidur, Yeji akan mencapai telefon dan memeriksa mesej-mesej yang masuk sejak tengahari tadi. Maklumlah, waktu kerja tidak sempat pegang telefon. Malam baru ada peluang.

Satu kontak yang menghantar beberapa mesej agak menarik perhatian Yeji. Terus dia membaca mesej-mesej yang orang itu hantar jam 3 petang tadi.



Karina

Hai Yeji, kau apa khabar?
Aku dan Hyunjin cadang nak adakan
parti sempena birthday cikgu sekolah
tinggi kita dulu.
Kau nak join tak?



Karina rupanya, rakan sekelas Yeji sewaktu sekolah menengah dahulu.

Yeji baru teringat bahawa esok adalah hari lahir guru kegemaran semua pelajar sekolahnya, Mrs Kim, atau nama sebenarnya, Kim Jisoo.

Mrs Kim terkenal dengan sifat lemah lembut dan ramahnya semasa mengajar. Cara dia berbual dengan pelajar-pelajarnya juga sudah seperti rakan lama sendiri.

Yeji, Karina dan rakannya yang lain pun merupakan salah seorang dari pelajar kegemaran Mrs Kim. Sebab itulah setiap kali hari lahir wanita itu menjelang tiba, mereka akan bersepakat dan bergabung duit tabung untuk membelikan hadiah untuk Mrs Kim.

Kembali kepada situasi, Yeji tersenyum sendiri sebelum membalas mesej Karina.




Boleh. Kat mana?

Kat kafe yang dekat dengan
sekolah kita tu.
Kau mesti tahu kat mana.

Okey, nanti apa-apa kau inform
je kat aku.

Roger, sis~




· · ·




[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now