1.2

81 40 20
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Jam digital yang tertera di skrin telefonnya dipandang sekilas. Hampir menjelang senja tapi kedua-dua lelaki Choi itu masih belum jumpa tempat yang sesuai untuk bermalam.

"Beomgyu, lambat lagi ke nak sampai? Matahari dah nak terbenam ni." ujar Soobin, matanya meliar melihat langit yang sudah berwarna jingga kemerahan.

Beomgyu yang tadinya berlari kini berjalan dengan langkah yang perlahan. Penatlah tu melompat tidak ingat dunia.

Mendengar soalan itu, Beomgyu berpaling ke belakang dan kini dia berhadapan dengan Soobin dengan tatapan acah-acah gangster.

"Tinggi betul harapan kau kat aku, ya. Aku dari tadi menggila tak ke sudah, ingatkan kau tolong tengok-tengokkan tempat nak tidur."

"Aku pula? Siapa yang ajak aku ke sini tadi?"

"Siapa suruh kau ikut?"

"Kau yang paksa aku, kan?"

"Yalah, tapi kalau kau taknak ikut pun kisah apa aku? Aku boleh makan kek banyak-banyak kat bakeri sepupu aku."

"Mulut tu kalau aku koyak- Eh, apa tu?"

"Tak payah tukar topik lah, setan!"

"Bukan, shyton. Tu, ada asap!"

Peperangan mulut mereka berakhir jua. Jari telunjuk Soobin dihala ke hadapannya di mana terdapat asap kelabu berkepul-kepul di udara.

Beomgyu menoleh ke belakang semula dan mula tertanya-tanya. Kemudian, wajahnya menunjukkan bahawa dia sangat terkejut.

"Ada yang bakar hutan ni ke?!"

"Jom pergi tengok." Soobin terus berlari bagi melihat punca asap tersebut.

"Dey, sabarlah!"

Beomgyu mengikuti Soobin dari belakang sehinggalah kedua-duanya tiba di tempat kejadian, mata mereka terbuntang luas melihat apa yang sedang berlaku.

"Yah! Apa korang buat ni?!" tengking Beomgyu dengan suara yang cukup tinggi.

Taehyun dan Hueningkai yang sedang enak makan ramen di batang pokok lama itu turut terkejut akan suara orang yang tidak dikenali tiba-tiba memarahi mereka.

"Kamu nanyeak?" Taehyun bersuara.




· · ·




Flashback 3 jam yang lalu


Taehyun sibuk mengutip kayu-kayu yang bersepah di tanah, begitu juga dengan Jay.

Keberadaan mereka saat ini sangat jauh dari rakan-rakan mereka yang lain. Suara riang pelajar-pelajar lain pun tidak lagi kedengaran di telinga.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now