3.0

72 26 16
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

Hujan lebat turun membasahi bumi. Beomgyu merenung di luar dinding kaca sambil melihat orang lalu-lalang, walaupun hakikatnya tempat itu jarang dijumpai oleh orang ramai.

"Woi, termenung pula. Air aku bila nak siap?!" jerkah seorang pelanggan bertubuh tegap sambil mengetuk-ngetuk meja yang luas itu.

Terus lamunan Beomgyu mati. Ah, khusyuk sangat termenung sampaikan hidangan pelanggan pun dia lupa mahu buat.

Pelanggan berkasar dengan pelayan? Itu hal biasa yang berlaku di bar setiap malam.

Ya, selama ini Choi Beomgyu bekerja sebagai pelayan di sebuah bar yang sedikit tersorok dari bandar, dan bukannya di kedai runcit 7E seperti yang dia katakan selalu.

Beomgyu sudah berbohong. Adakah dia telah melanggar peraturan Neo yang terakhir iaitu dia seharusnya menceritakan rahsia terbesarnya di hadapan empat sekawan itu tapi dia tidak melakukannya?

Selesai membuat cocktail, Beomgyu terus menyerahkannya kepada pelanggan tadi dengan senyuman terukir di bibir.

"Em, Gyu. Aku nak tanya sikit boleh?" sopan rakan sekerja Beomgyu yang turut bekerja di sebelahnya meminta izin.

Beomgyu yang sedang lap meja kaunter itu sekadar mengangguk, membenarkan dia bertanya.

"Kenapa kau kerja sini? Kan banyak lagi kerja lain kat luar sana tu." soal Jaehyuk sambil mengelap gelas dan cawan dengan kain selepas dicuci.

Sudah lama dia mahu tanya mengenai itu, tapi asyik terlupa saja. Lagipun, keadaan di bar selalu ramai dan penuh. Pastilah mereka sibuk melayan ramai pelanggan.

Beomgyu senyum saja. Dia tidak mahu membuka cerita sebenarnya. Tapi disebabkan Jaehyuk sudah bertanya, apa salahnya dia bercerita sedikit?

"Bukan apa, tapi bos bar ni paksa aku kerja sini sebagai ganti hutang mendiang appa aku yang tertunggak. Bila aku kerja sini, selesai lah semua hutang."

Mendiang? Itu bermakna ayah Beomgyu sudah tiada dan kini Beomgyu pula yang terpaksa melangsaikan hutang si bapa dengan cara bekerja di bar itu.

Jaehyuk mengangguk dua tiga kali, memahami cerita rakan sekerjanya.

"Kau pula? Muka comel macam ni kenapa kerja kat bar? Tak sesuai lah." giliran Beomgyu pula untuk melontar soalan yang sama.

Mendengar soalan tersebut, anak Yoon hanya mengangkat bahu.

"Entah. Aku ikut Asahi je. Dia kerja sini, aku pun kerja lah sini."

Mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah seorang rakan sekerja mereka yang sedang sibuk membuat beer yang dipesan pelanggan.

Hamada Asahi diberi nama. Terkenal dengan jejaka berwajah tegang tanpa segaris senyuman walau sedikit pun.

Berbeza dengan Jaehyuk yang murah senyum. Walaupun kawan, tapi jujur, Jaehyuk jarang sangat lihat Asahi tersenyum.

[✓]  New Rules  |  TXTWhere stories live. Discover now