Prolog

12.1K 282 6
                                    

6 tahun dahulu- Tingkatan 4

Nugget di tangannya di makan sepuas hati. Kalau nak harap makcik Dewan Makan dengan cafeteria di MRSM, memang kebulur lah jawabnya.

Sudahnya dapat tahu ada pasar malam di bandar berdekatan, dia mengambil keputusan untuk fly ke sana. Budak asrama kompem tahu istilah fly..

Tangannya kiri kanan menjinjit plastik, pesanan dari roommate juga tidak dilupa. Sepatutnya Syaurah dan Nadra juga mengikuti tapi last minute, Syaurah ada perjumpaan LDP ( Lembaga Disiplin Pelajar- pengawas sekolah). Nadra Hana pula tidak mahu mengikutinya atas alasan esok ada test Fizik pula. Last last dia seorang sahaja yang fly.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Kereta sewa satu pun tidak lalu di jalanannya. Timbul rasa kesal kerana keluar ketika ini. Hampir lupa, bandar di pantai timur itu akan menjadi seperti pekai koboi jam 9 ke atas.

Satu susuk tubuh berjalan dibelakangnya. Ayleen menoleh, susuk tubuh yang seperti seorang lelaki itu memakai hoodie hitam berlambang MRSM. Oh dia student sekolah yang sama dengan dia juga.

Apa yang budak lelaki itu buat disini? Fly juga ke?

Susuk tubuh itu berjalan rapat ke arahnya dan tiba tiba melintasinya. Laju pulak tuh.

" Eh awak!"

Budak lelaki itu berhenti.

" Awak sekolah Mara ke?" Soal Ayleen. Budak lelaki itu diam.

" Saya ikut awak ye," kata Ayleen tanpa rasa malu. Entah mengapa kehadiran budak lelaki ini membuatkan dia rasa selamat. Dari dia jalan berseorangan, baik dia ikut budak ini.

Keduanya menyelusuri tepi jalan raya sehingga melintasi tembok pagar sekolah pintu belakang. Budak lelaki itu mengintip melihat takut ada pengawal keselamatan yang lalu lalang disitu. Penutup hoodie dikepalanya masih kekal menutupi.

Ayleen masih tidak dapat melihat siapa sebenarnya budak lelaki itu.

" Guard tak de. Kau panjat dulu," arah budak lelaki itu. Ayleen menurut. Diberikan plastik plastik makanan kepada budak lelaki itu dan dia memanjat tembok pagar belakang sekolah itu.

Kakinya menjejak rumput dan budak lelaki itu memberikan plastik plastik makanan itu di celah celah pagar batu sekolah.

" Awak pulak." Kata Ayleen. " Cepat, saya cover."

Budak lelaki itu mengangguk. Segera dia melompat tembok itu. Nampak senang, ye lah dia tinggi orangnya.

" HOI" satu suara sergahan dari jauh mengejutkan Ayleen dan budak lelaki itu. Budak lelaki itu lantas terjun masuk ke dalam kawasan pagar sekolah. Perbuatan itu menyebabkan tutupan kepalanya terjatuh ke belakang.

" Lari cepat!" Keras suara itu berbisik dan lantas kakinya melangkah meninggalkan kawasan itu. Ayleen tidak sempat melihat wajah keseluruhan budak lelaki itu dek kerana dia juga turut berlari ke arah bertentangan menuju ke hostel nya.

Namun satu yang dia sempat lihat, dan ingat.

Mata budak lelaki yang berwarna kelabu menyinar itu.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now