61

4.2K 163 5
                                    

Botol ubat Xanax itu dipegang kemas oleh Ayleen, ditilik botol dengan teliti. Ya itu lah botol ubat Adrian yang dikatakan hilang hari itu. Botol ubat yang Ayleen jumpa secara tidak sengaja di bilik kerja Adrian semasa dia mengulangkaji pelajaran beberapa bulan lalu.

Macam mana boleh ada di rumah Daiyan?

Kata kata Nadra tadi terlintas ke dalam fikirannya.

"And malam aku dan dia pecah masuk rumah suami kau untk selamatkan kau tu, aku perasan dia seolah olah sinonim dengan arah bilik kau, atau plot rumah itu. Dia seolah olah tahu mana suis, mana dapur, susunan atur perabot, seolah olah dia biasa sangat. Aku pelik tapi aku diam sebab aku fokus pada apa yang kami sedang buat. Tapi malam tu, dia seolah olah sangat lain Ayleen. Dia macam dah biasa dalam rumah kau. And, dia boleh go straight to your room tanpa membuka pintu pintu lain tau."

Ayleen mengetap rahang. Apa yang Nadra cakap ni?

" Kau merepek apa ni Nadra? Daiyan tak pernah langsung datang rumah aku!"

Nadra mengangguk. " That is what I am trying to say. Macam mana dia boleh terus ke bilik kau dalam gelap padahal dia tak pernah datang atau masuk pun ke dalam villa kau?"

Astaghfirullahalazim

Apa yang aku dah buat ni ya Allah?

" Ayleen Insyirah," nada Daiyan sedikit perlahan tetapi dingin memanggil nama si wanita pujaannya. Tombol pintu diputar putar laju.

Tangan Ayleen mengenggam erat botol ubat Xanax. Walau bagaimana pun dia tetap mahu memulangkan semula botol ini kepada Adrian. Dia mahu kembali memohon kemaafan dari suaminya.

Banyak sungguh dosanya. Allahu.

Ketukan di pintu semakin menggila.
" Ayleen Insyirah!"

Ayleen mengundur ke belakang, merapati dinding. Kali ini, dia benar benar ketakutan. Seluruh sistem saraf seolah olah tidak berfungsi. Otaknya seakan buntu ingin mencari jalan melepaskan diri. Dia terperangkap oleh sikap kebodohan, terburu buru dan prasangka buruk yang keterlaluan.

" Abang.. sayang takut.." bisik Ayleen perlahan.

DUM!!

DUM!!

DUMMMM!!!!!!!

Pintu bilik itu terkuak deras menampakkan susuk tubuh Daiyan yang melangkah masuk bersahaja. Keningnya diangkat dan bibirnya mengoyak senyum melihat Ayleen yang semakin rapat ke dinding. Matanya tajam meliar memerhatikan si wanita itu bagaikan kucing meratah ikan.

Sejujurnya, inilah saat paling sempurna untuknya. Mereka berdua, bersama, hanya mereka, di dalam bilik ini.

Terhenti langkah Daiyan seketika, tatkala matanya menangkap satu botol ubat yang digenggam kemas oleh Ayleen. Kali ini, dia senyum lebar.

" Looks like someone found something again. Auch,so no more secrets between us."

Dengan hanya mereka berdua sahaja, saling berhadapan, Ayleen dapat lihat perubahan tubuh Daiyan yang semakin tegap. Tetapi juga dia kelihatan semakin menakutkan.

" Kenapa Daiyan? Kenapa?" Ayleen menyapu air matanya yang tumpah lagi. Kali ini, dia benar benar rasa bersalah pada suaminya. Sakit sungguh hatinya, dia memang bodoh sebab tidak tahu membezakan langsung kebenaran atau kebatilan.

" Kau tahu Ayleen, 7 tahun aku tunggu kau macam orang bodoh. Sedangkan si pembunuh abang aku tu, bersenang lenang, bahagia dengan perempuan yang aku sayang. Pada mulanya aku cuba redha, aku cuba pasrah Ayleen, aku suruh kau terima jugak Adrian masa kau lari dari dia hari tu, tapi aku gagal Ayleen. Aku tak sanggup nak lepaskan orang yang aku sayang jauh dari aku. Cukuplah abang aku je yang Adrian bunuh. Aku tak nak kau jadi mangsa seterusnya."

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now