32

4.7K 179 32
                                    


Ayleen tersedar dari lena yang dirasakan panjang. Rasa kepalanya berat sungguh namun digagahkan jua bangun. Tidur lama sangat kot.

Tetapi kesedarannya perlahan bertandang. Dia terpaku seketika. Matanya liar melilau ke sekeliling bilik.

Ini bukan ke bilik tidur Adrian?

Kan?

" Baby." Satu suara berkumandang menyebabkan Ayleen berpaling ke kanan, tempat sofa panjang terletak disitu. Susuk tubuh Adrian sedang menyilang kaki tepat memandangnya.

Ayleen rasa hairan. Baby?

Ayleen perasan raut wajah Adrian yang kelihatan dingin. Tetapi dingin itu bukan seperti yang biasa dilihat didalam kuliah tempoh hari.

Dingin Adrian sekarang creepy.

Seketika Ayleen mula mengingati apa yang berlaku.

Kejadian dari dia lari tinggalkan Adrian begitu sahaja untuk menyertai program Anak Angkat itu..sehinggalah dia jatuh sakit di rumah Mak Temah.

Eh Mak Temah, Pak Manaf..Abang Redzuan..Nayla! Dia tidak sempat langsung nak ucapkan selamat tinggal.

Tetapi sekarang ini dia perlu berhadapan dengan suaminya dahulu. Dia pasti dan tahu Adrian akan memarahinya sebentar lagi.

" Baby okay?"

Ayleen mengangguk, pura pura tidak ambil kisah akan panggilan itu. " Saya okay." Ringkas balasannya.

Suasana sunyi meruang. Ayleen merasakan dia patut melakukan sesuatu.

" Saya minta maaf."

Adrian kelihatan tersenyum sedikit. " Sebab apa?"

Ayleen mengemam bibir. Fuh payah betul soalan dia. Padan muka kau Ayleen, bukan main lagi kau cakap sanggup nak hadap 3 hari lagi bagai. Depan suami tahu pulak takut.

" Sebab apa Ayleen?" Kedengaran sekali lagi soalan ditanya.

" Sebab saya keluar tanpa izin Dr." Laju dia membalas. Suara suaminya juga tidak sama seperti biasa.

Adrian bangun. " Itu sahaja ke?"

Ayleen diam. Apa lagi salahnya?

" Sebab saya tak dengar cakap."

Terdengar desis ketawa Adrian. Entah kenapa dia terasa dinginnya ketawa suaminya itu sekarang. Senang cerita, Adrian itu bukan Adrian yang dia kenal.

" Hmm lagi?"

Ayleen sekali lagi diam. Apa lagi salahnya?
Sesaat berlalu begitu lama. Ayleen tidak tahu apa lagi silapnya yang seolah olah masih lagi tergantung.

PRANG!

Pasu berhampiran sofa pecah, dibaling oleh Adrian tiba tiba. Ayleen terlopong terkejut. Apa ni?

Wajah Adrian yang dingin kelihatan berubah riak. Kosong tiada perasaan.

" Kau join program tu sebab ada Daiyan?" Dalam suaranya bertanya. Dia berjalan ke arah kaca yang pecah itu, serpihan kaca diambil.

Ayleen mengetap bibir.

Dia nak aku jawab apa weh? Daiyan?

"Jawab lah Ayleen aku tanya ni." Perlahan lahan dia menapak menuju ke katil tempat Ayleen sedang duduk terkaku sekarang.

Ayleen rasa tidak sedap hati. Tangan Adrian mengenggam serpihan kaca pasu yang pecah tadi. Lelaki itu berdiri tepat di hadapan pintu masuk yang tertutup. Tangannya mengunci pintu tersebut.

Ayleen menelan air liur. Kesat.

" Jawablah, bisu dah ke?" Jerkahan Adrian tiba tiba menyentakkan Ayleen. Ayleen pantas menggeleng.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now