29

4.4K 201 28
                                    


" Sayang."

Ayleen tergamam sebentar. Botol ubat itu disembunyikan dibelakangnya. Tetapi goncangan ubat itu menghasilkan bunyi akibat tangan Ayleen yang spontan ke belakang.

Ayleen menggigit bibir. Mampus. Mampus aku.

Adrian pula berubah sedikit riak wajahnya. Jelas dia seakan menghidu sesuatu tidak kena.

"Sayang ada sembunyikan apa kat belakang sayang?" Soal Adrian, cuba berlagak tenang. Dia tahu Ayleen menjumpai sesuatu yang dia sorokkan selama ini.

Ayleen tahu tak mungkin dia boleh berbohong atau mereka alasan merepek repek. Terus terang je lah Ayleen, dah kantoi.

" Orang jumpa botol ni dalam laci Dr," perlahan saja suara Ayleen menutur kata. Dia menunduk dan membuka pintu untuk memberi ruang pada Adrian masuk ke dalam.

Sunyi menguasai ruang. Ayleen sempat mengerling wajah Adrian. Nampak tegang.

" Mana?" Soal Adrian, beriak dingin.

Ayleen menunduk pasrah, tangannya diangkat menyerahkan botol yang dipegangnya kepada Adrian.

Adrian mengambilnya dan terdengar keluhannya yang tercetus. Tanpa berkata apa apa dia terus keluar semula. Ayleen menggigit bibir, rasa bersalah menimpa. Tidak seharusnya dia menceroboh privasi suaminya. Suaminya sendiri tidak pernah melebihi batas pada dirinya.

Adui apa lah kau ni Ayleen!

————————————————-

" Okay semua, esok, korang semua tolong berkumpul di sini tepat jam 8.30 pagi. Pagi ni kita akan ada sarapan dahulu di sini, by pack okay. Korang makan makan kat sini je. Bas akan ambil dari sini." Kata Nubhan Hijjaz, ketua MPP merangkap ketua rombongan bagi Program Anak Angkat Homestay ini. Nubhan merupakan pelajar dari Fakulti Bahasa dan Liguistik.

Tidak disangka program 3 hari 2 malam ini mendapat sambutan hangat dengan hampir 150 orang mahasiswa menyertainya. Khabar angin juga turut kedengaran ada sumbangan penaja dari syarikat luar yang minta dirahsiakan. Oleh itu, segalanya adalah percuma termasuk dari segi makanan, pengangkutan serta aktiviti yang disediakan boleh tahan seronoknya.

Ayleen menggigit bibir memikirkan apakah alasan yang akan diberitahu pada suaminya. Sejak peristiwa hari itu, Adrian langsung tidak menegurnya apantah lagi beramah mesra. Dibuatnya seperti tunggul je di rumah. Wajahnya dingin beku sungguh. Lagi lah dia takut untuk memberitahu pada jejaka itu, minta izin jauh sekali.

Kali ini dia dah nekad.

Join je . Soal kena marah letak belakang dulu. Nanti nanti sahajalah dia fikir. 3 hari tiada kat rumah tak nampak sangat kan?

Erk!

—————————————————

Setelah Adrian keluar ke tempat kerja seperti biasa, Ayleen menggalas beg sandangnya dan menjinjit kasut sneakers terus ke pintu rumah. Dia bertembung dengan Mak Mona yang kelihatan mengemas ruang tamu itu. Adui baru je dia nak keluar senyap senyap.

" Ayleen? Nak gi mana dengan beg sandang ni?" Soal Mak Mona, mungkin dia hairan kerana gadis ini tidak pernah membawa beg sebesar itu ke kelas. Ayleen terkulat kulat tidak tahu nak menjawab apa. Diperhatikan sahaja wajah Mak Mona. Segala aksesori tubuh Mak Mona diperhatikan, dari anting anting, rantai, dan gelang, otaknya liar mencari jawapan.

" Er, ada projek di kampus sekejap Mak Mona, ni barang barang untuk projek itu," Ayleen menggigit bibir.

Aduhai maafkan Ayleen, Mak Mona sebab terpaksa menipu.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now