28

4.5K 182 10
                                    


Puas Ayleen memujuk Adrian untuk menyertai Program Anak Angkat itu tetapi Adrian membantah keras akan itu. Sudahnya Ayleen hanya menghentak kaki masuk ke bilik tetamu.

Adrian pula malas melayan karenah isterinya yang kadang kadang ada sahaja menguji iman. Makin dilayan makin menjadi jadi. Isteri yang masih muda begitu, perangai masih belum matang secukupnya.

Perlahan lahan dia akan membentuk Ayleen nanti. Menjadi sepertimana yang dia inginkan. Isteri yang taat, patuh dan sedia melayannya. Bukannya dia tak boleh mencari gadis lain. Tetapi hatinya sudah dipegang sepenuhnya oleh seketul Ayleen Insyirah Afnan Radzi itu.

Ayleen rasa ingin menendang pintu bilik tetamu itu. Geram. Terbayang bayang wajah Adrian di situ. Ah dia tak kira, dia tak nak dikongkong begini. Sekurangnya dia sudah minta izin. Yang lain belakang kira.

Telefon dalam poket diambil dan satu nama dicari.

" Hello, Sya! On, aku join program tu. Tolong masuk nama aku eh!"

——————————————————-

Kuliah Organic Chem kali ini disambung oleh Prof Datuk Dr Azman, Ketua Fakulti Sains Gunaan sendiri sebelum kedatangan pensyarah baru. Prof Azman sangat sempoi mengajar dan kali ini Ayleen bersemangat untuk mengikuti kelas ajarannya. Namun hairannya, seisi kuliah seakan tersengguk mengantuk termasuk Nadra Hana.

Eh, aku je ke yang boleh go ni? Kenapa masa kelas Adrian, aku pulak mengantuk? Terbalik dah ni.

Nadra Hana di sebelahnya dijeling sedikit. Weh buat air liur basi minah ni. Shahfik dihadapannya dah tersengguk sengguk. Ammar Nabeel dah bersandar kat dinding sebelah, tidur gayanya. Fakhrul pula terus tidur atas meja. Weh, apasal aku je yang nampak segar ni!

Pintu kuliah diketuk sedikit mengejutkan seisi kuliah. Prof Azman terhenti seketika.

" Yes?" Soal Prof Azman berkerut dahi.

Seorang lelaki tinggi lampai menatang satu bungkusan bunga mawar hidup yang kelihatan segar.

" Ada kiriman Bunga," kata lelaki itu. Prof Azman mengerut dahi lagi namun seketika kemudian dia tersenyum.

" Okay, come in."

Perlahan lahan lelaki itu masuk ke dalam dan membawa bunga itu di tangannya. Besar la hai bungkusan bunga itu, nampak cantik. Lelaki itu menyerahkan bunga itu ke Prof Azman.

Kelihatan kad terselit di celah bunga diambil oleh Prof Azman dan dibacanya tekun.

" Who is Ayleen Insyirah?"

Terasa kepala Ayleen dicurah ais bertimpa timpa dari atas. Seisi dewan berpaling kepadanya menyebabkan Prof Azman juga turut memandangnya.

" This beautiful flower is for you Ayleen. A lucky girl."

Ayleen hanya mampu tersenyum segaris. Shit!

Sapa punya kerja nih???

—————————————————

Dari jauh kelihatan seorang figura tegap sedang menyusun kon kecil kecil bersama beberapa jejaka yang lain. Tepi padang dipenuhi dengan gadis gadis yang duduk di bangku luar pagar untuk melihat latihan bola sepak tersebut, atau sebenarnya ingin melihat jejaka tampan yang namanya meniti dibibir pelajar sejak akhir akhir ini.

Tetapi Ayleen tidak kisah, dan dia benar benar marah. Nak mampus ke si Daiyan ni? Hantar bunga bagai kat isteri sepupunya sendiri. Dia ni memang bebal ke apa? Tak tahu hukum agama? Nak suruh semua kecoh ke apa? Tadi pun dah kecoh terus pasal dirinya yang menerima bunga mahal yang hanya tertulis,

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now