13

4.8K 225 8
                                    

Selesai membetulkan mekap, akhirnya Ayleen menguatkan diri untuk keluar dari bilik dan menghadapi realiti.

Biarlah dia berkorban rasa demi ibu bapanya. Semoga pilihannya kali ini tepat. Sempat dia menghantar whatsapp ringkas kepada Daiyan beserta gambar cincin tunang dan jarinya yang berinai.

" Kita tak ditakdirkan bersama, Daiyan. Lupakan saya." Whatsapp dihantar.

Telefonnya ditutup terus tanpa menunggu balasan dari Daiyan. Semoga Daiyan mendapat gadis yang lebih baik dari dirinya. Itu doanya yang terakhir buat Daiyan sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Ayleen melangkah dengan perlahan menuju ke pelamin yang terletak di tepi gazebo di halaman rumah. Gazebo itu menjadi tempat akad nikah yang akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Dari ekor matanya, dia seakan ternampak satu susuk lelaki berpakaian baju Melayu putih seperti dirinya. Mungkin itu lah bakal suaminya.

Sumpah kali ini dia tidak mahu tengok langsung wajah lelaki yang bakal menghalalkannya. Dia benar benar kecewa. Kecewa kerana kehendaknya dinafikan.

Jika dia tidak dibenarkan menghabiskan pengajiannya? Tak ke gila?

Tangannya digenggam erat oleh Nadra Hana. Cuba menyalurkan kekuatan kepada sahabat baiknya itu. Datin Intan yang menanti di pelamin, diserahkan oleh Nadra Hana. Datin Intan memeluknya sambil menepuk nepuk bahu anaknya.

" Sama sama doa ye. Semoga pilihan papa itu yang terbaik," bisik Datin Intan. Ayleen mengangguk pasrah.

Ayleen hanya tunduk sahaja tidak melihat ke arah gazebo. Lagipula dia tidak dapat melihat figura lelaki itu kerana lelaki itu membelakanginya.  Sesi akad nikah dimulai dengan sedikit ceramah ringkas tentang perkahwinan, tanggungjawab suami dan isteri, serta dosa dosa biasa dalam perkahwinan. Ayleen hanya mendengar sekali lalu. Hatinya tawar.

" Baik, kita boleh mula la ye. Pengantin perempuan minta sign borang dulu," kata tok kadi sambil menyerahkan satu borang. Aydeen mengambil borang itu dan berjalan menyerahkan borang kepada adiknya untuk ditandatangani.

Ayleen tidak sempat melihat nama pengantin lelaki dek kerana Aydeen sudah mengambil borang itu dengan cepat.

" Okay, kita mula ye." Kata tok kadi. Ayleen mula berdebar debar. Siapa bakal suaminya? Pembetulan. Siapa nama bakal suaminya?

" Tengku Khairan Adrian bin Tengku Akhtar."

" Ya saya."

Ayleen tersentak. Suara itu dia pernah dengar sebelum ini. Dia biasa dengan suara ni. Siapa kah? Tolonglah datang sekarang wahai ingatan.

" Dengan kuasa wali yang diberikan kepada aku, aku nikahkan dikau dengan Ayleen Insyirah binti Afnan Radzi berwalikan ayah kandungnya dengan mas kahwinnya sebanyak rm50000 tunai."

" Aku terima nikahnya Ayleen Insyirah binti Afnan Radzi dengan mas kahwinnya sebanyak rm50000 tunai." Lancar betul lafaznya.

"Sah?" Tanya kadi kepada Aydeen Ilham.

" Sah." Jawab Aydeen

" Sah?" Kepada sepupu mereka, Hazar Afif juga ditanyakan.

" Sah!"

" Alhamdulillah," kata kadi disusuli bacaan doa.

Ayleen seolah olah tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia sudah selamat menjadi seorang isteri kepada Tengku Khairan apantah nama. Dirinya adalah tanggungjawab baru untuk suaminya. Dia tidak bebas. Dia perlu membawa nama baik suaminya apantah lagi suaminya adalah bakal CEO.

Bakal CEO? Katanya lah.....

" Ayleen, suami Ayleen kat sini. Salam ye," pegangan tangan ibunya yang erat sejak tadi dileraikan dan diganti oleh satu tangan asing. Erat memegang tangannya.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now