62

4.4K 179 17
                                    

" Ayleen!!"

Daiyan tergamam melihat Ayleen yang terbaring kesakitan dengan darah penuh membasahi pregnant pants yang dipakai.

Ayleen mengiring sedikit memegang perutnya sambil meraung kesakitan.

" Daiyan, tolong saya..anak saya Daiyan."

Daiyan seolah olah kaku, kakinya terkunci di lantai. Bibirnya bergetar getar.

" Tidak, aku bukan pembunuh." Perlahan Daiyan bersuara, lirih.

" Daiyan, tolong.." suara Ayleen semakin perlahan memanggil. Matanya seakan akan mahu tertutup.

" Maaf Ayleen aku bukan nak bunuh kau. Aku bukan pembunuh..aku bukan pembunuhhhh..." jerit Daiyan sambil terus melangkah ke pintu, dan meninggalkan Ayleen yang meringkuk kesakitan.

Keseorangan.

" Abang..maafkan sayang..sayang derhaka..sayang tak nak anak ni mati..bukan niat sayang..abang..tolong..sakit sangat ni abang.." dalam keadaan tidak sedar, dan menahan kesakitan, dia menutur kata kata maaf. Ini kesilapan paling teruk dia lakukan sepanjang hidupnya.

" Abang, tolong jaga anak kita ya.., I love you Adrian," dalam kesamaran matanya yang ingin tertutup, dia nampak satu susuk tubuh bergegas mendapatkannya dan merangkulnya erat.

" Ayleen Insyirah!! Ayleen Insyirah!! Allahu Rabbi..."

——————————————————

Bau ubat ubat dan kilauan lampu putih menyilau menyedarkan dia dari lena. Seketika terasa kesakitan menyucuk di bahagian perut menyebabkan dia membuka mata perlahan lahan. Tangannya diangkat dan diraba raba ke atas perut.

Nipis!

Ayleen mengangkat kepala sedikit dan memeriksa sendiri perutnya dengan rasa tidak percaya.

Allahu memang nipis. Mana anak dia?

" Mana anak aku?" Serak suaranya menuturkan. Dia teringat bahawa kali terakhir sebelum dia menutup mata, dia memanggil nama suaminya. Lantas pergaduhan terakhirnya dengan Adrian menerjah ruang fikirannya.

Saya berharap anak ni baik mati je lah, awak pun kenapa tak mati je dulu eh dari menipu tak habis habis. I really and super hate you Adrian!

Tidak, aku tak nak anak aku mati. Aku tak nak dia mati. Bukan aku nak dia mati.

" Takk, mana anak aku!! Mana anak aku !!!" Tempik Ayleen dan dia lantas bangkit perlahan lahan dari pembaringannya. Kesakitan di perut tidak dihiraukan, walau sumpat memeritkan. Tetapi kakinya kelihatan tidak boleh bergerak.

"Kenapa kaki aku?? Kenapa??

Langsir tiba tiba diselak dari luar dan kelihatan sekumpulan pasukan perubatan menghampiri Ayleen yang kelihatan dirasuk seperti orang gila. Kakinya yang tidak boleh bergerak diketuk ketuk kuat dengan tangannya.

" Kenapa kaki saya tak boleh gerak? Mana baby saya?" Tempik lagi Ayleen sambil menangis.

Seorang perempuan memakai tag nama Dr Nadia menghampirinya. Dia mengambil kerusi kecil dan duduk di tepi katil Ayleen menghadap wanita itu yang masih menangis.

" Puan Ayleen Insyirah. Saya Dr Nadia, i am incharge Puan for this. We all from OnG department. Puan sekarang berada di wad."

Ayleen menggeleng kepala, dia masih mengetuk kakinya dengan tangan.

" Puan, boleh dengar penjelasan saya dahulu?  Berhenti ketuk kaki puan dulu ya. Tarik nafas Puan." Pujuk Dr Nadia, sambil mengusap bahu Ayleen.

Dilihat Ayleen sedikit tenang setelah menarik nafas.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now