3

5.6K 252 7
                                    

Semester baru sudah bermula!

Dewan kuliah FSG AC01 gamat dengan berita pensyarah baru yang akan mengajar mereka untuk semester ini. Khabar bertiup kencang bahawa pensyarah lelaki itu dari lulusan Harvard University dan merupakan satu satunya pensyarah yang berkelulusan dari sana. Cuma mereka tidak pernah bersua dengan pensyarah itu memandangkan pensyarah itu memang baru sahaja melaporkan diri minggu ini.

" Minggu ni kelas lecturer tu. Rabu dan Khamis ni. Dia akan ajar Organic Chemistry. Berat woo subject tu!" Kata Delisya Rania sambil menerpa ke arah Ayleen dan Nadra. Ayleen macam biasa buat muka toya. Hanya Nadra yang kelihatan teruja.

" Handsome ke dowh? Muda lagi ke?" Soal Nadra, memang teruja sungguh.

" Aku tak tahu tapi kalau ikut junior kata pagi tadi, dia memang handsome gila, macam Adonis. Tapi... dia strict dan garang," kata Delisya agak hampa. Lecturer garang paling tidak disukai, lebih lebih lagi bila melibatkan subjek berat begini.

Ayleen hanya memasang telinga sambil mendiamkan diri. Malas nak layan. Masalah dia pun tak selesai. Ayleen menganggap dirinya seolah tidak bertunang pun, atau majlis tu tak berlaku langsung. Sebab dia langsung tidak mendapat apa apa klu atau khabar pun dari tunangnya. Entah entah hari tu hanya mimpi sahaja.

Mungkin mimpi sahaja.

Ayleen hanya mengeluh kecil.


Hari Rabu yang ditunggu tunggu oleh semua telah tiba. Kelas Organic Chemistry bermula pada jam 11 pagi namun seawal jam 10 pagi pelajar sudah mula memenuhi dewan kuliah itu. Dewan yang memuatkan 200 orang pelajar hampir penuh sehingga jam 10.45 pagi . Ayleen dan Nadra yang datang 10 minit sebelum kuliah bermula, agak terkejut melihat perubahan ini. Jadi mereka terpaksa mengambil tempat di hujung dan di barisan atas sekali.

Nadra yang kurang gemar duduk di atas terpaksa mengikuti sahaja. Sebab dibawah semua sudah penuh!
Student perempuan nampak teruja teruk. Yang lelaki pula nampak biasa biasa je tetapi mungkin khabar angin yang mengatakan lecturer ini kedengaran strict menyebabkan mereka juga terpaksa datang awal.

Ayleen dan Nadra berborak borak sebentar tentang jadual aktiviti kokurikulum mereka yang dijangka akan bermula minggu depan apabila pintu dewan kuliah dibuka.

Satu dewan terus sunyi.

Seorang lelaki tegap, bertubuh tinggi, memakai kemeja seolah Armani suit dan memegang briefcase masuk ke dalam menuju ke meja mengajar di atas pentas kecil.

Dan benar. Wajahnya sangat kacak. Bermata coklat, rahang yang tegang, bibirnya yang merah serta berkulit cerah menjadi pandangan para pelajar terutamanya si gadis. Ayleen terpaku melihat pensyarah itu, namun sekilas kemudian dia hanya menunduk, menumpukan kepada contengan bukunya.

Nadra masih lagi terlopong. Memang hot!!!

Lelaki itu, mendepani para pelajar dan duduk sedikit di hadapan meja. Tangannya diletakkan di kedua belah sisi untuk menyokong dirinya. Matanya meliar memerhatikan setiap pelajarnya dan pandangannya jatuh kepada seorang gadis yang sedang khusyuk melakukan sesuatu di atas bukunya.

" Assalamualaikum, and hi everyone. Saya yang akan mengajar subjek Organic Chemistry untuk semester ini. Dan semua sedia maklum, subjek itu sangat berat. Betulkan?"

Mata helangnya sekali lagi memandang ke arah muka muka pelajarnya.

"So, you need to pass this subject at least to save your pointer. But..i don't want only a PASS. I want at least B," katanya perlahan sambil memerhatikan riak terkejut setiap pelajarnya. Bibirnya menarik senyum. Aura kejam mula terasa.

Ayleen mendengar dan mengeluh dalam hati. Namun matanya masih tekun melukis dalam notanya.

" 50 % for exam, 20% carry marks,20% for project and 10% for attendance. Every missed class you must provide the proof why you dont attend my class. If 2 times happen, I will definitely give 0.  A damn zero."

Suasana dewan sunyi teramat sangat. Memang benar kata Delisya, lecturer ni strict gila.

" So, follow my rules. Saya tak suka students bermain main. Make effort and you will get the result. Style saya lain dari lecturer lain. If waktu itu saya nak buat kuiz, I will make it. And supposed you all perlu ada pada setiap kuiz yang saya akan bagi. Dalam kelas saya juga, students are free to raise your hand, only if you dont understand the topic. Tak perlu tunggu sampai habis. Okay?" Kata lelaki itu dan disambut anggukan kecil oleh semua pelajar.

Lelaki itu menarik nafas dan menghembusnya. Matanya diarahkan ke satu sudut." Why I feel that someone doesnt give a full attention to me when I speak in front?"

Semua pelajar kelihatan mengikuti arah pandangan pensyarah itu. Mereka berpaling ke atas, tepat dihujung tempat Ayleen dan Nadra sedang duduk. Nadra yang panik mula menepuk nepuk bahu Ayleen yang sedang melukis itu.

" Ayleen, lecturer tu tengok kau" bisik Nadra.

Ayleen segera mengangkat kepala dan bertentang mata dengan lelaki itu. Dia meneguk air liur  menyedari kesalahannya.

" You! What are you doing sampai I cakap ni you boleh tak dengar?" Soal pensyarah itu, merenung tajam ke arah Ayleen.

Ayleen hanya meneguk air liur lagi. Mampus aku.

" Get out from my class now"

Mata Ayleen membuntang luas. Kakinya terpaku sebentar. Baru 1st class dah kena halau.

" Now!"

Ayleen lantas mengemas ngemas alat tulis dan buku notanya masuk ke dalam beg. Dia menuruni tangga ke bawah dan segera menuju ke pintu keluar. Nadra terdiam, tidak dapat membantu sahabatnya.

Sebelum Ayleen keluar, dia sempat mendengar lelaki itu berkata, " If you guys can't give fully attention like her, the same thing will be happen on yours next time. Understand?"

Ayleen terus melangkah keluar. Sakitnya hati dipermalukan begini. Kalau gini lah gayanya, mati lah dia nak sampai ke akhir semester ni.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now