21

4.8K 200 6
                                    


Ayleen benar benar kelaparan. Menyesal betul dia tidak menjamah makan malam tadi. Dah la nampak sedap telur itik masak lemak kuning.

Kerana peristiwa petang tadi, Ayleen terus berkurung dalam bilik dan mogok lapar. Tetapi suaminya langsung tidak memujuknya apantah lagi mengajaknya makan. Sebal betul.

Extra hour detention class? Gila ke hapa? Nak suruh aku bertapa maghrib dalam kampus ke? Tak cukup jumpa dalam rumah, kat kampus pun sama? Kalau duk menghadap subjek dia je, mana nak fokus subjek lain lagi?

Lecturer lain tak ade lah gila lagi macam dia. Rupa boleh pergi jauh dah, tapi skill pendek. Patutnya dia jadi CEO terus je la kalau nak kejam sangat. Ni apahal nak menyimpang jadi lecturer semata kalau perangai macam tu.

Tak berhenti omelan Ayleen.

Kriukkkkkk...

Perutnya berbunyi minta diisi. Haih, check kejap lah lauk ada ke tak. Kalau tak de, Maggi lah jawabnya.

Ayleen melangkah ke dapur dan cuba memeriksa jika ada saki baki lauk tertinggal.

Nasibnya baik kerana ada baki telur itik dan kuah kuning didalam periuk. Lantas periuk nasi ditekan cook semula untuk memanaskan nasi.

Setelah siap, Ayleen mengambil pinggan dan nasi. Kerusi meja makan ditarik, pinggan berisi nasi panas panas dan kuah lemak kuning itu diletak berhati hati atas meja.

Doa makan dibaca.

Fuh, sedapnya lauk ni. Nikmat sungguh dapat kenyangkan perut sendiri. Sedap sangat sampai Ayleen tidak perasan akan susuk tubuh seseorang sedang merenung di balik tangga.

" Tahu pun lapar. Berlagak sangat mogok lapar," bisik Dr Adrian tersenyum sedikit sambil berlalu naik ke atas. Nasib dia menyimpan lauk itu sedikit untuk Ayleen.

Alahai isteri.

———————————————————————————

Ayleen sedang menunggu Nadhir Arshad untuk perbincangan lanjutan mereka mengenai mesyuarat Kelab Media akan datang, apabila 3 orang gadis menghampirinya sambil duduk di gazebo mengelilingi Ayleen.

Ayleen mengerut dahi. Dah kenapa lak ni?

Dia kenal salah seorang gadis itu, senior tahun akhir dan bakal menamatkan pengajian.

" Kau Ayleen kan?" Soal gadis itu. Ayleen mengangguk, mengiakan.

" Apa hubungan kau dengan Dr Adrian?" Soal Syana sambil berpeluk tubuh.

Ayleen merenung wajah gadis itu, pelik. " Maaf, apa yang Cik kata nih?"

" Aku tanya elok elok ni Ayleen. Banyak orang nampak kau keluar masuk bilik dia sekarang, maghrib baru kau keluar. Kau buat servis lecturer ke sekarang?" Tuduh gadis itu selamba.

Ayleen pantas bangun dari kerusi. Wajahnya merona merah. Weh Dr Adrian tu suami aku masalahnya suka hati aku lah nak keluar masuk ke apa. Tapi ditahan perkataan itu keluar dari mulutnya. Dia tak nak rahsianya pecah. Dah kenapa perempuan ni menyibuk? Datang datang mai serang orang? Tak de kerja ke pompuan oi?

" Silap orang kau tuduh ni perempuan," balas Ayleen berani.

"Whoaa, boleh tahan jugak kau ni betina. Mulut puaka. Aku dengar markah kau rendah sangat dalam kelas dia thats why lah kau sanggup buat apa saja kan termasuk jual badan kau kan?" Tebak gadis itu.

What?

Spontan Ayleen menolak kuat tubuh gadis hingga terus terjatuh.

Gadis itu terkejut dengan perlakuan berani Ayleen. Dua orang temannya mula bergerak ke hadapan ingin mengepung Ayleen.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now