64

4.6K 189 19
                                    


Si bayi kembar lelaki.

Bayi kembarnya diberikan susu badan. Alhamdulillah mereka aktif sungguh walau baru berusia 3 hari. Tidak meragam, tidak menangis malam. Dan syukur mereka berdua tidak banyak ragam.

Tengku Aathif Huzair
Tengku Aaris Hudhair

Nama yang dipilih oleh Adrian sendiri. Ayleen cukup mengingati suaminya sukakan nama ringkas tetapi bermakna. Kerana itulah mereka bersetuju nama nama ini menjadi pilihan. Cuma tidak sangka lah pula kembar rupanya. Jadi dua nama yang dipilih.

Ayleen juga sudah boleh berjalan perlahan lahan. Bius sudah hilang, dan pangkal rahimnya mula sakit, yelah dibelah berlapis lapis disitu.

Anak anaknya diletakkan didalam baby cot. Lena sungguh tidur mereka. Nurse yang bertugas membawa baby cot itu ke monitoring room, dan kemudiannya menolak kerusi roda Ayleen ke HDW. Jarak yang jauh antara wad bersalin dan wad HDW menyebabkan Ayleen perlukan kerusi roda.

Setelah 3 hari berlalu itu lah kali pertama dia dapat melihat wajah Adrian secara dekat. Kulitnya kuning. Dan cukup menyedihkan. Ayleen sedar peluang semakin tipis apabila masa berlalu. Sehingga kini penderma masih belum ada untuk keperluan Adrian.

Dia tahu kali ini, inilah masanya. Walau risiko tinggi, tak apa, dia mahu. Dia akan tanggung apa jua. Demi suaminya.

" Nurse boleh bawakan saya berjumpa Dr Selvaratnam?"

——————————————

Keluar sahaja dari bilik pejabat Dr Selvaratnam, Ayleen mengerut dahi seketika. Satu dia menerima khabar gembira kerana pihak hospital akhirnya menjumpai penderma yang sesuai untuk Adrian. Darah dan rhesus mereka sama.

Kedua, penderma itu mahu dirahsiakan identiti.

Dia hairan tetapi dia sungguh bersyukur kerana akhirnya Allah memakbulkan doanya. Sangkanya dia sendiri mahu tampil sebagai penderma hati. Walau risiko cukup tinggi, tetapi Ayleen sanggup demi selamatkan nyawa suaminya.

Cuma dia tertanya tanya siapa penderma itu. Jika dia tahu, sudah tentu dia ingin berterima kasih padanya.

—————————————

Sesi pembedahan pendermaan hati ke tubuh Adrian berjalan lancar tanpa ada apa apa komplikasi. Pun begitu identiti penderma masih dirahsiakan ketat, pihak hospital tidak mahu memberitahu siapakah orangnya kerana orang tersebut enggan mendedahkan diri. Mereka sekeluarga akur dan hormat akan permintaan penderma tersebut.

Adrian kini perlu dipantau selama next 48 hour untuk melihat hati barunya serasi atau tidak dengan tubuh barunya. Hari hari Ayleen akan ke HDW untuk melihat seraut wajah yang cengkung itu dihadapannya. Kadang kadang dia masuk mengelap sedikit muka dan tubuh Adrian sebagaimana dia lakukan semasa Adrian kemalangan tempoh hari.

Dia mahu sekurang kurangnya Adrian tahu dia ada disisi lelaki itu, disaat sukar, disaat senang , sakit atau sihat. Air matanya mengalir lagi tatkala tangannya menyentuh kulit Adrian yang cerah semula, tidak lagi kekuningan seperti ini.

Sayu melihat tenangnya wajahnya ketika tidak sedar. Ayleen terfikir adakah Adrian masih akan menerimanya ketika dia sedar nanti? Adakah dia mula membencinya? Kerana ingatan terakhir Adrian adalah jeritan kebencian Ayleen padanya.

Allahu. Sekali lagi Ayleen mengalir air mata kekesalan.

Sungguh, Ayleen kesali setiap perbuatannya pada suaminya.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now