30

4.7K 193 16
                                    


Pagi hari kedua, khidmat masyarakat dimulakan. Ada beberapa tugasan menunggu mereka. Membersihkan surau, ada yang membersihkan halaman rumah, membantu membaiki kerosakan rumah malahan ada yang mengikuti ibu bapa angkat mereka ke dalam kelapa sawit berdekatan.

Ayleen mengambil tugas membersihkan belakang surau. Dia melihat Syana dan Emah sedang membersihkan bahagian dalam surau jadi dia tidak mahu berada berdekatan dengan mereka. Takut taufan angin ribut pula menjelma. Lagipula kedua gadis senior itu sibuk menjeling jeling ke arahnya.

Pergi mampus. Bukan dia takut pun.

Segala daun daun disapu cermat dan dimasukkan ke dalam plastik hitam yang telah dibuka awal tadi.

Bahang matahari semakin panas. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Ayleen melihat kawasan sana masih belum dibersihkan. Segera dia ke sana untuk menyapu daun daun kering yang gugur.

" Hoi, nah sampah. Kejap lagi kau pergi buang la eh," kata Syana sambil mencampakkan sampah ke dalam plastik sampah hitam. Sengaja dicurahkan sampah sekuat hatinya, nampak bertaburan disekeliling plastik  hitam itu.

Dan gadis itu terus berjalan laju sambil ketawa.

Ayleen menatap geram. Ikut hati nak aje dia tarik rambut Syana dan smackdown gadis itu tetapi dia masih waras. Dia berada di tempat orang. Apa apa kang susah. Kang dituduh mencederakan anak orang. Baik dia bersabar dahulu.

Ayleen menyapu daun daun kering lagi sambil mengetap bibirnya.

Bunyi geseran penyapu kedengaran menyebabkan Ayleen berpaling ke belakang. Kelihatan Daiyan sedang sibuk menyapu sampah daun kering dibelakangnya, entah sejak bila pula mamat tu disitu.

Ayleen malas hendak memulakan perbualan. Penyapu ditangannya disandarkan ke pokok berhampiran.

Kau nak sapu sangat, sila sapu. Aku malas.

Ayleen menuju ke plastik hitam yang sudah penuh bersepah dengan sampah yang dibuang oleh Syana tadi, lalu dia mengemas.

" Biar aku buat, kau rehat dulu," kata Daiyan sambil memegang kepala plastik hitam itu, betul betul hampir menyentuh tangan Ayleen.

Ayleen mendengus. Huh sibuk je la mamat ni.

Dicampak plastik itu dan penyapu dipegang semula.

Daiyan hanya menggeleng dengan sikap degil si bunga ini.

"Ayleen.." Daiyan mengerling gadis yang menyapu daun itu seperti menyapu batu. Nak tergelak pun ada.

"Sayang, kalau ya pun janganlah sapu macam tu. Cuba ikhlaskan diri."

Ayleen mengetap rahang, nak meletup sungguh dia kali ini. Daiyan ni dah gila ke?

" Watch your mouth Daiyan! Awak nak semua orang salah faham ke dengan perkataan awak?"

Daiyan tersengih comel. Berang betul gadis dihadapannya itu sekarang.

" Kenapa kalau semua orang salah faham pun? Biar semua orang tahu yang saya memang cintakan awak Ayleen."

Ya Allah kenapa bebal sangat dia ni!

" Saya. Isteri. Orang. Daiyan!" Ujar Ayleen satu persatu.

" Isteri pun boleh bercerai Ayleen. Saya tahu awak pun bukan milik suami awak sepenuhnya. I know," balas Daiyan mengangkat kening. Seolah cuba mencabar si gadis ini dihadapannya.

Terlopong Ayleen mendengar kata kata spontan Daiyan. Hal dalam kelambu pun nak sibuk ke?

" Jaga mulut awak Daiyan. Jangan simply jump to conclusion," marah Ayleen dan kelihatan mengundang tawa kecil Daiyan.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now